cara simpan kunyit hidup

Selain bawang dan halia, kunyit hidup juga kerap digunakan dalam masakan harian. Jika anda belum tahu cara simpan kunyit hidup supaya tahan lama, mari kami ajar tipsnya.

Ramai berdepan dengan masalah kunyit hidup yang cepat kering dan rosak jika tidak disimpan dengan cara betul. Kadangkala baru saja beli beberapa hari, tapi sudah lembik dan berkulat.

Perkongsian ringkas oleh pengguna Threads, atie.salamon tentang cara simpan kunyit hidup sangat berkesan untuk memastikan ia tak lembik dan kekal segar. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Pilih Telur Ayam Segar Dan Bagus, Tengok Kulit Terus Tahu Baru Atau Lama!

CARA SIMPAN KUNYIT HIDUP TAHAN LAMA

cara simpan kunyit hidup

1. Basuh kunyit hidup hingga bersih dan buang sisa tanah yang melekat.

2. Masukkan kunyit ke dalam bekas bersih yang mempunyai penutup.

3. Isi air sehingga kunyit tenggelam sepenuhnya.

4. Tutup bekas dengan rapat.

5. Simpan bekas kunyit tersebut di dalam peti sejuk.

6. Tukar air seminggu sekali untuk elakkan bau dan kulat.

7. Kunyit boleh tahan sehingga sebulan atau lebih dan masih elok digunakan.

cara simpan kunyit hidup

Menurut perkongsian tersebut, kunyit hidup masih keras dan tak berbau walaupun disimpan lebih sebulan di dalam peti sejuk. Dengan cara ini, kunyit hidup jadi tahan lebih lama.

Untuk hasil terbaik, pastikan kunyit dibersihkan daripada tanah sebelum disimpan dan gunakan bekas bertutup yang kedap udara.

Semoga bermanfaat!

Sumber: atie.salamon

Baca juga: Cara Segarkan Daun Salad Yang Layu Paling Berkesan, Kekal Hijau & Segar Macam Baru Petik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN