
Sedang cari minuman semula jadi yang boleh buat badan lebih ringan dan perut selesa? Jus pandan serai adalah pilihan mudah dan menyegarkan, sesuai diminum setiap malam untuk kesihatan optimum.
Selain itu, jus ini juga membantu tidur lebih lena dan meningkatkan keselesaan badan. Dengan bahan yang mudah didapati, anda boleh sediakan sendiri di rumah dalam masa singkat.
Baca juga: Nak Hilangkan Kencing Kotor Dan Tak Lawas, Cuba Petua Minum Air Barli 5 Bahan Ini
RESIPI JUS PANDAN SERAI

Bahan-Bahan:
- 1 liter air (4 cawan)
- 5 batang serai
- 2 inci halia
- 5 helai daun pandan
Cara-cara penyediaan:
1. Sediakan bahan
- Halia dipotong kecil.
- Serai dipotong dua dan diketuk sedikit untuk pecahkan aroma.
- Daun pandan dipotong pendek.
2. Masak bahan
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama air. Tutup periuk dan didihkan.
- Biarkan mendidih perlahan
- Kecilkan api dan biarkan mendidih selama 5 minit.
3. Sejukkan dan tapis
- Padam api dan biarkan sejuk.
- Tapis jus dan simpan dalam botol atau bekas sesuai dalam peti sejuk.
4. Cara minum
- Minum 2–3 sudu besar setiap malam, 30 minit selepas makan malam atau sebelum tidur.
- Disarankan makan malam awal, sebelum Maghrib atau jam 8 malam.
5. Tips untuk pemula
- Mulakan dengan ½ – 1 sudu besar dahulu. Jika tiada tindak balas, boleh ikut sukatan asal keesokan hari.
Tips Tambahan Untuk Kesihatan Maksimum
- Kurangkan makanan ringan, makanan proses dan kuih-muih.
- Lebihkan sayur, ikan, ayam, telur dan lemak sihat dalam menu harian.
- Minum secara konsisten untuk kesan terbaik.
Jus pandan serai bukan sahaja sedap, tetapi juga membantu tubuh lebih ringan, perut selesa, dan tidur nyenyak. Minuman semula jadi yang mudah ini sesuai untuk semua yang ingin amalkan gaya hidup sihat setiap hari.
Selamat mencuba!
Sumber: Shima Bakar
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Buah Pear Untuk Batuk Berpanjangan, Ringkas Tapi Kesan Cepat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














