
Sesiapa yang badannya mula rasa tak sedap, tekak perit atau suara serak, bolehlah guna petua lemon, halia dan cengkih ini. Setelah minum secawan, badan akan terus rasa segar.
Idea yang dikongsikan oleh Ju Abdul di Facebook memang menarik dan patut dicuba. Bukan saja mudah, tapi sangat berguna supaya kesihatan terjaga secara semula jadi.
Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol
PETUA LEMON, HALIA DAN CENGKIH DALAM PAKET

Bahan-bahan:
- 1 hiris lemon (untuk setiap paket)
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 hiris halia merah (lebih wangi dan beraroma kuat)
Cara-cara menyediakan:
- Mula-mula, sediakan semua bahan, potong lemon dan halia nipis-nipis.
- Kemudian, susun satu set bahan (lemon, halia dan cengkih) dalam bekas kecil atau plastik aiskrim.
- Selepas itu, bekukan dalam peti sejuk.
- Apabila nak minum, ambil satu paket dan bancuh dengan air panas.
- Akhir sekali, boleh tambah 1 sudu madu untuk rasa lebih sedap dan berkhasiat.

Minuman ini sesuai diminum pada waktu pagi, sebelum tidur atau apabila badan terasa letih. Bukan sekadar sedap, tapi bantu segarkan badan, kuatkan imun dan lindungi daripada selesema.
Tambahan pula, tips ini berkesan untuk mengelakkan lemon daripada cepat lembik. Setelah disimpan dalam bentuk beku, ia boleh tahan lama dan masih segar apabila nak guna semula.
Selain itu, anda tak perlu susah payah potong bahan setiap kali nak bancuh kerana semuanya sudah siap dalam bentuk paket kecil. Jadi, ia mudah untuk diamalkan setiap hari.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: YouTube Orkids Channel
Sumber: Ju Abdul
Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














