Kerabu pegaga ini bukan sahaja bagus untuk wanita dalam pantang tapi untuk orang bukan dalam pantang juga. Namun begitu, ada wanita berpantang tidak boleh memakan sotong. Jadi, boleh keluarkan sahaja sotong dari resipi ya!
Daun pegaga ini juga boleh dimakan secara mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, tetapi setelah dicampur dengan bahan lain seperti bunga kantan dan tomato, ia akan menjadi pedas dan masam.
Rasanya bukan sahaja sedap, malah daun pegaga ini juga dikatakan sangat bagus untuk mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Memang rugi kalau tidak makan!
Baca juga: Resipi Kerabu Timun Bersantan, Makan Sejuk-Sejuk Sangat Nikmat & Menyegarkan!
RESEPI KERABU PEGAGA
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 sudu makan kelapa parut sangai
- 2 ekor sotong
- 1 sudu teh kerisik
- 2 sudu makan udang kering gred A
- Seikat pegaga
- Bunga kantan
- Tomato dibuang biji
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh garam atau secukupnya
- 1/ inci gula melaka atau secukupnya
- 1 biji lemon atau secukupnya
Cara penyediaan:
1. Goreng sekejap sotong tanpa minyak. Biar air sotong keluar, dalam 5-6 minit. Toskan. Buang air sotong.
2. Tumbuk kelapa sangai, udang kering, gula melaka dan garam biar 80% lumat.
3. Masukkan dalam bekas, tambah minyak zaitun, letak ulam pegaga dan ulam lain. Perah lemon sebiji, gaul semua dan biar kena semua bahagian supaya jadi sedikit lembab.
4. Seterusnya, masukkan sotong tadi.
5. Rasa dan sesuaikan mengikut selera. Pastikan gabungan rasa lemak, manis, masam, pedas dan masin seimbang.
6. Boleh ambah apa patut supaya rasa sedap di tekak sendiri. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Ben Safwan
Baca juga: Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Tauge & Kerang, Pasti Terangkat Tak Cukup Sepinggan!