kerabu pucuk paku

Sedap sungguh kerabu pucuk paku tauge dan kerang ni. Ratah satu besen pun pasti habis, memang tak pandang kiri kanan.

Nak buat dia sedikit renyah, tapi puas hati bila dah makan. Yang penting kena campur aduk semua bahan sehingga sebati dan secukup rasa.

Jom lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Nor Haida di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI KERABU PUCUK PAKU TAUGE & KERANG

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kerang (rebus & ambil isi)
  • RM1 @ RM2 seikat pucu paku (celur & tos)
  • [email protected] genggam tauge (celur & tos. Kalau nak rangup & tak suka lembik, tak perlu celur, cuci bersih saja)
  • 1 biji bawang besar hiris nipis (tak perlu letak jika tak suka)
  • 4 sudu santan pekat
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu air limau nipis
  • Garam secukupnya (boleh ganti guna sedikit sos ikan)
  • Gula secukupnya

Bahan kisar:

  • 3 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • Cili api 5 biji – 8 biji (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • Belacan sebesar ibu jari

Cara-cara:

1. Kisar bahan kisar, letak air sedikit saja. Tuangkan ke dalam besen.

2. Kemudian masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.

3. Seterusnya masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge. Gaul rata.

4. Tambah apa yang rasa tak cukup, yang penting rasa kena pedas, masam, masin dan manis. Lemak santan, kerisik, serai dan lengkuas sebati mesra.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & gambar: Nor Haida

Baca juga: Cara Buat ‘Sambal Ikan Bilis Rangup’ Yang Bikin Ketagih, Satu Lauk Ni Dah Cukup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN