Categories: Resipi

Resipi Kek Butter Oren Yang Lembut Menggoda, Minum Petang Jadi Lebih Istimewa!

Petang-petang memang paling sedap kalau ada manisan yang wangi dan lembut. Resepi kek butter oren ini memang sesuai untuk dibuat, rasa lembut dan ada aroma oren yang segar.

Bahagian bawah kek dilapisi sira oren yang manis dan sedikit berjus, buat setiap hirisan lebih sedap. Sesuai untuk yang suka kek butter klasik tapi nak rasa sedikit kelainan dengan buah segar.

Kek ini juga sangat senang dibuat, guna bahan yang biasa ada di dapur saja. Sesuai untuk santapan petang atau bila ada tetamu, pasti jadi kegemaran semua.

Baca juga: Resipi Kek Belacan Sarawak Paling ‘Authentic’ & Sedap, Buat Begini Baru Menjadi!

RESEPI KEK BUTTER OREN

Bahan-bahan sira oren:

  • 1 biji oren, potong bulat sederhana (jangan terlalu nipis atau tebal)
  • ½ cawan gula
  • Secubit garam
  • Sedikit air

Cara membuat sira oren:

  1. Masukkan oren, gula, garam, dan air ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan agak pekat dalam 5 minit.
  3. Biarkan sejuk seketika.

Bahan-bahan kek:

  • 250 gm butter
  • 1 cawan gula halus atau gula kastor
  • 5 biji telur
  • ½ cawan susu segar atau susu cair
  • Sedikit parutan kulit oren
  • 1 biji perahan oren
  • 2 cawan tepung naik sendiri (boleh ganti dengan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder)
  • 1 sudu besar pati oren (optional)
  • Sedikit pewarna oren (optional)

Cara-cara:

  1. Putar gula dan butter sehingga gebu (anggaran 10-12 minit).
  2. Masukkan telur satu persatu, putar perlahan.
  3. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu, pukul perlahan.
  4. Masukkan air perahan oren dan parutan kulit oren, gaul rata (boleh guna low speed mixer).
  5. Tambah pewarna oren jika mahu, gaul sebati.

Cara membakar kek:

  1. Gunakan loyang saiz 8 inci, sapu butter dan lapik dengan baking paper.
  2. Susun sira oren mengikut kreativiti.
  3. Tuang adunan kek ke dalam loyang, hentakkan sedikit untuk keluarkan udara.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit, suhu 150-160°C, selama 40-50 minit.
  5. Cucuk kek dengan lidi; jika masih basah, sambung bakar beberapa minit lagi.
  6. Kek akan sedikit mengecut di tepi tanda sudah masak.
  7. Keluarkan kek ketika masih panas, sisipkan pisau di tepi dan terus terbalikkan supaya bahagian oren berada di atas.

Siap untuk dihidang! Nikmati kek butter oren ini panas-panas dengan secawan teh atau kopi, pasti manisnya terus meleleh.

Sumber: Noorshahida Hassan

Baca juga: Resepi Kek Butter Moist Gebu, Harum Semerbak & Lembut Di Setiap Gigitan

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago