
Resepi Kek Belacan Sarawak ialah kek tradisional kukus yang sangat popular di Sarawak, terkenal dengan warna coklat gelap, tekstur lembap dan rasa lemak manis yang kaya.
Walaupun namanya “belacan”, ia langsung tidak menggunakan belacan, sebaliknya digelar sedemikian kerana warnanya yang coklat gelap dan teksturnya yang padat serta lembap, persis seketul belacan.
Kek ini sangat popular untuk hidangan hari raya atau majlis istimewa. Jom kita lihat cara penyediaan resipi air tangan Mas Cotek yang cukup asli dan menyelerakan ini.
Baca juga: Resipi Kek Minyak Masak Terlajak Senang, Tanpa Guna Mentega Pun Tetap Naik Gebu
RESEPI KEK BELACAN KUKUS

Bahan utama:
- 2 ketul mentega (lebih kurang 454g-500g)
- 10 biji telur gred A
- 3 sudu besar (sdb) ovalette
- 2 cawan gula halus
- 2 cawan tepung hong kong (boleh diganti dengan tepung gandum yang diayak halus)
- 1 ½ tin kecil susu pekat manis
- 1 ½ tin kecil seri kaya
- 1 tin kecil nestle cream
- ¾ cawan horlicks
- 2 sudu besar (sdb) serbuk koko
- ½ cawan browning sugar (gula hitam)
- 1 sudu teh (sdt) esen vanila
Bahan untuk browning sugar (jika sendiri):
- 1 ¼ cawan gula pasir
- 2/3 cawan air panas
Cara buat browning sugar:
- Panaskan gula pasir di dalam kuali atau periuk sehingga cair dan bertukar warna menjadi keperangan (karamel).
- Masukkan air panas dengan berhati-hati (awas, wap panas!).
- Kacau sehingga sebati dan gula tidak berketul. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.
Cara buat adunan kek belacan:
- Di dalam bekas besar, pukul mentega, gula halus dan ovalette menggunakan mixer sehingga kembang dan bertukar warna putih berkrim.
- Masukkan telur satu persatu. Pastikan adunan sebati sebelum menambah biji telur yang seterusnya.
- Masukkan susu pekat, seri kaya, nestle cream, horlicks, serbuk koko, esen vanila dan browning sugar. Pukul lagi sehingga semua bahan bercampur rata.
- Masukkan tepung Hong Kong sedikit demi sedikit. Kaup balik atau pukul perlahan sehingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas kertas minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air kukusan menitik atas kek.
- Kukus kek selama 4 jam. Pastikan air pengukus sentiasa mencukupi. Masa mengukus yang lama ini penting untuk mendapatkan tekstur yang lembap, tahan lama dan warna yang cantik.
Sumber: Mas Cotek
Baca juga: Resipi Baby Pancake Mini Yang Bulat Comel, Kekal Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














