
Dalam banyak-banyak kek, resepi Kek Butter moist sentiasa menjadi pilihan kerana teksturnya yang lembut, moist dan aroma butter yang harum semerbak.
Resepi Kek Butter moist ini sangat mudah diikuti dan sesuai untuk pemula. Dengan bahan ringkas serta teknik pukul yang betul, kek yang dihasilkan akan menjadi lembut dan gebu sempurna.
Resepi Kek Butter moist dikongsikan oleh Roziati Mdali dan telah dicuba ramai dengan hasil yang memuaskan. Jika anda mencari kek butter yang confirm jadi dan sedap, resipi ini memang wajib dicuba.
Baca juga: Kek Batik Lembut Sedap, Guna Cara Ini Baru Kekal Moist & Corak Jadi Cantik!
RESEPI KEK BUTTER MOIST

Bahan-bahan:
- 250 gram unsalted butter
- 5 biji telur gred B
- 230 gram tepung kek
- 180 gram gula kastor
- 50 ml susu segar
- ½ sudu teh double action baking powder
- Esen vanila secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Pukul butter dan gula kastor hingga adunan menjadi pucat dan ringan. Proses ini penting untuk memastikan kek lembut dan gebu.
2. Masukkan telur satu demi satu. Pastikan setiap telur sebati dengan adunan sebelum menambah telur seterusnya. Ini akan mengelakkan adunan daripada berpecah.
3. Masukkan esen vanila dan tepung kek. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan hingga sebati.
4. Tuang susu segar ke dalam adunan dan putar sebati. Susu membantu menjadikan tekstur kek lebih lembut dan moist.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega atau dialas kertas minyak.
6. Bakar kek pada suhu 160°C selama 15 minit.
7. Kemudian turunkan suhu ke 150°C dan bakar lagi selama 35 minit atau hingga kek masak sepenuhnya.
8. Sejukkan kek seketika sebelum dipotong.
Tips untuk kek butter sempurna:
- Pastikan butter pada suhu bilik sebelum dipukul supaya mudah sebati dengan gula.
- Jangan overmix tepung kerana ia boleh menyebabkan kek menjadi keras.
- Gunakan loyang bersaiz sederhana supaya kek masak sekata.
- Untuk aroma lebih wangi, boleh tambah sedikit parutan kulit lemon atau essence almond.
Dengan bahan yang mudah didapati dan langkah yang ringkas, sesiapa sahaja boleh menghasilkan Kek Butter yang lembut dan sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Roziati Mdali
Baca juga: Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Tanpa Oven Tapi Jadi Cantik Berongga
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














