
Setiap orang pasti pernah berada dalam dilema untuk menggunakan jenis gula yang betul. Oleh itu, anda perlu tahu perbezaan gula kastor dan gula halus yang sering digunakan di dapur.
Sewaktu buat kek, biskut dan roti di rumah, kadangkala pasti pening nak pakai jenis gula mana yang sesuai bukan? Maklumlah, semua orang nak hasilnya gebu dan menjadi.
Bukan anda seorang saja, mereka yang suka buat kuih di rumah juga sama. Bukan apa, takut salah pilih dan cara gunakannya juga kena betul supaya hidangan jadi lebih sempurna.
Kali ini, kami kongsikan beberapa perbezaan gula kastor dan gula halus yang sangat menarik dan perlu anda tahu sebelum menggunakannya. Jom kita tengok perbezaannya!
Baca juga: Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?
PERBEZAAN GULA KASTOR DAN GULA HALUS
Gula Kastor

Kredit: Facebook Bakeristic – Mudah Bakers Mart
- Berwarna putih yang teksturnya lebih halus berbanding gula halus.
- Lebih mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur.
- Harganya lebih tinggi berbanding gula halus.
- Pilihan paling ideal untuk buat kek dan roti yang gebu.
- Boleh dijadikan sebagai salutan pada roti, pastri dan donat.
- Jika tiada gula ini, ia boleh digantikan dengan gula halus.
Gula Halus

Kredit: Foto oleh bigcxlotus dari Vectors
- Berwarna putih yang teksturnya lebih kasar berbanding gula kastor.
- Harus dipukul bersama mentega atau telur dengan lebih lama supaya betul-betul cair.
- Harus disimpan pada suhu bilik dan dijauhi daripada api.
- Harganya lebih murah berbanding gula kastor.
- Biasanya digunakan untuk buat kuih dan minuman yang sedap.
- Sesuai dijadikan sebagai salutan pada donat.
Perbezaan gula kastor dan gula halus ini sangat berguna ketika buat pencuci mulut di rumah. Selepas tahu membezakannya, anda akan dapat hasil yang diinginkan.
Jika ingin lebih berjimat, anda disarankan untuk guna gula halus saja. Namun, perlu pukul lama sedikit supaya ia betul-betul hancur dalam adunan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: KakCha Bakes
Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














