Coleslaw adalah hidangan yang sering kita lihat di restoran, terutama dalam menu masakan barat. Namun, sukar untuk mendapatkan coleslaw yang betul-betul sedap. Jadi, apa kata cuba sendiri resepi coleslaw di rumah.
Rupanya ada satu rahsia untuk menjadikan coleslaw lebih sedap, iaitu dengan menambah susu. Dengan sedikit susu pekat dan susu cair, rasa coleslaw jadi lebih creamy dan lazat. Jom cuba!
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati
RESEPI COLESLAW
Bahan-bahan:
- ½ biji kobis
- 1 biji lobak merah
- 1 biji bawang merah besar
- 5 sudu cuka
- 3 sudu gula
- Garam (secubit)
- 4 atau 5 sudu mayonis
- 2 sudu susu pekat
- 3 sudu susu cair
Cara-cara membuat:
- Hiris nipis kobis, potong lobak merah secara julienne dan potong bawang merah besar menjadi dadu kecil.
- Campurkan semua bahan, cuci dan tos. Keringkan sekejap.
- Campurkan 5 sudu cuka dan 3 sudu gula, kemudian kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jika tidak suka masam, boleh kurangkan sedikit cuka.
- Masukkan kobis yang sudah kering ke dalam mangkuk bersama campuran cuka dan gula, serta sedikit garam (secubit pun cukup).
- Kacau semuanya hingga sebati. Simpan dalam peti ais selama setengah jam.
- Selepas itu, tos sekali lagi kerana akan ada air yang keluar. Jangan basuh, just tos saja. Ini untuk mengurangkan baki gula dan cuka.
- Agak-agak kering, masukkan mayonis (4 atau 5 sudu), 2 sudu susu pekat, dan 3 sudu susu cair. Gaul semua hingga sebati.
- Simpan dalam peti ais. Lagi sejuk, lagi sedap!
Nota: Anda perlu mengagak jumlah bahan kerana saiz kobis mungkin berbeza. Resipi ini guna yang saiz sederhana. Selamat mencuba!
Kredit: Noor Faida
Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan