ayam honey garlic

Mari cuba buat resipi Ayam Honey Garlic ala Kyochon ini. Anak-anak tentu suka dapat menikmati ayam goreng ala restoran korea ini. Bukan selalu pikat jiwa mereka dengan makanan kegemaran.

Ayam goreng boleh dikatakan sebagai menu wajib kegemaran ramai kerana ia mudah, cepat dan lazat. Antara menu kegemaran ramai pada ketika ini ialah ayam madu bawang putih atau lebih dikenali dengan Honey Garlic Chicken.

Baca juga: Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng

Kali ini, menerusi perkongsian dari Cik Puan Yasmin Dayanti Fami, ikuti resipi masakan yang paling mudah untuk anda cuba.

Bukan sahaja mudah, tetapi rasanya juga memang sedap untuk dihidangkan. Jom tengok apa bahan-bahannya. Tak sabar nak masak!


RESIPI AYAM HONEY GARLIC ALA KYOCHON

ayam honey garlic

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

  • Ayam – part apa-apa yang disukai
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1sdk soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • 1sdb serbuk bawang putih

Cara penyediaan: Gaul sebati bahan-bahan di atas dan masak guna api yang kuat. Masak kira-kira 6-8 minit. Kemudian, angkat dan toskan.

Bahan-bahan untuk sos:

  • 5 ulas bawang putih – kisar kasar
  • Butter untuk menumis
  • 1 sudu gula perang
  • 2 sudu madu
  • 4 sudu kicap cair

Cara-cara membuat sos:

1. Masukkan butter dalam kuali. Bila dah cair, masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau.

2. Kemudian, masukkan gula, madu dan kicap cair. Kacau sampai naik buih.

3. Lepas tu baru masukkan ayam dan gaul sebati.

4. Dah siap. Boleh makan macam itu sahaja ataupun makan dengan nasi panas-panas!


Selamat mencuba resipi ini di rumah!

Sumber: Facebook Yasmin Dayanti Fami

Baca juga: Resipi Viral Ayam Goreng Hatyai, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN