ayam goreng jadi berkerinting

Sedapnya kalau dapat makan ayam goreng. Lagi-lagi ayam goreng yang berkerinting, memang rangup! Rupanya ada tips macam mana nak buat ayam goreng jadi berkerinting yang ramai tak tahu.

Lebih jimat dan puas makan kalau buat sendiri kan? Yang penting, guna 2 bahan saja. Sesuai untuk ibu yang suka resipi simple dan cepat siap. Jom lihat cara-caranya yang dikongsikan oleh Sue Riana di bawah.

Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting

Bahan-bahan:

  • Tepung bestari
  • Air masak/air sejuk semangkuk

Cara-cara:

1. Cuci bersih ayam yang sudah dipotong dan toskan.

2. Lumur dalam tepung bestari dan gaulkan.

3. Kemudian rendam dalam mangkuk yang berisi air dalam 30 saat, jangan lama kemudian toskan.

4. Bila dah toskan, ambil semula ayam dan gaul semula ayam dalam tepung sekali lagi. Gaul banyak kali untuk dapatkan ayam goreng yang berkerinting semasa digoreng nanti.

5. Panaskan minyak dalam kuali sehingga betul-betul panas.

6. Masukkan ayam dan goreng sehingga berwarna keemasan. Goreng menggunakan api sederhana.

ayam goreng jadi berkerinting

7. Angkat dan toskan. Siap!

Tips penting:

  • Tangan yang mengaul ayam pastikan sentiasa kering.
  • Gunakan penyepit semasa nak celup ayam dalam air.
  • Tepung yang sudah digaul perlu sentiasa ditapis untuk mengelakkan tepung berketul.

Kredit: Sue Riana