Categories: Resipi

Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!

Asam Rebus Ikan Kerisi memang antara lauk kampung yang ringkas tetapi cukup menyelerakan. Rasa masam, manis dan pedasnya seimbang, memang buat selera bertambah. Lebih menarik, cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang rumit.

Resipi iniĀ  boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka lebih masam, boleh tambah asam keping atau perahan limau nipis. Jika suka lebih pedas, tambahkan cili padi. Jom cuba resipi asam rebus ikan kerisi yang sedap dan menyelerakan ini.

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

RESEPI ASAM REBUS IKAN KERISI

Bahan-bahan:

  • Ikan kerisi (dibersihkan)
  • Cili padi merah atau sedikit cili kering
  • Cili merah atau hijau (sedikit)
  • Belacan
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Kunyit hidup

Semua bahan di atas dikisar halus. Jika mahu tekstur sedikit kasar pun boleh supaya nampak biji cili dan lebih berasa pedasnya.

Bahan lain:

  • Kangkung
  • Asam jawa (Jika tidak cukup masam, boleh tambah asam keping atau perah sedikit limau nipis)
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambah air secukupnya.
  2. Rebus sehingga mendidih dan naik bau harum.
  3. Masukkan ikan kerisi, asam jawa, garam dan serbuk perasa.
  4. Masak sehingga ikan betul-betul masak dan kuah sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan kangkung dan tutup api.

Resipi ini sangat mudah dan cepat disediakan, tetapi rasanya memang memikat selera. Kuahnya cukup rasa masam, manis dan pedas. Enak dimakan bersama nasi panas, memang boleh bertambah dua kali. Anda juga boleh sesuaikan sukatan bahan mengikut cita rasa sendiri. Selamat mencuba!

Sumber: BellaNasz Nasz

Baca juga: Ikan Masak Kengsom Thai Original, Kuah Masam Pedas Segar, Satu Lauk Dah Cukup Buat Nasi Bertambah

Wan N

Recent Posts

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

1 hour ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

2 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

2 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

3 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

3 hours ago

Resipi Siakap Kengsom Tanpa Minyak, Lengkap Dengan Protein Dan Serat!

Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…

3 hours ago