asam rebus ikan kerisi

Asam Rebus Ikan Kerisi memang antara lauk kampung yang ringkas tetapi cukup menyelerakan. Rasa masam, manis dan pedasnya seimbang, memang buat selera bertambah. Lebih menarik, cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang rumit.

Resipi ini  boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka lebih masam, boleh tambah asam keping atau perahan limau nipis. Jika suka lebih pedas, tambahkan cili padi. Jom cuba resipi asam rebus ikan kerisi yang sedap dan menyelerakan ini.

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

RESEPI ASAM REBUS IKAN KERISI

asam rebus ikan kerisi

Bahan-bahan:

  • Ikan kerisi (dibersihkan)
  • Cili padi merah atau sedikit cili kering
  • Cili merah atau hijau (sedikit)
  • Belacan
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Kunyit hidup

Semua bahan di atas dikisar halus. Jika mahu tekstur sedikit kasar pun boleh supaya nampak biji cili dan lebih berasa pedasnya.

Bahan lain:

  • Kangkung
  • Asam jawa (Jika tidak cukup masam, boleh tambah asam keping atau perah sedikit limau nipis)
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambah air secukupnya.
  2. Rebus sehingga mendidih dan naik bau harum.
  3. Masukkan ikan kerisi, asam jawa, garam dan serbuk perasa.
  4. Masak sehingga ikan betul-betul masak dan kuah sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan kangkung dan tutup api.

Resipi ini sangat mudah dan cepat disediakan, tetapi rasanya memang memikat selera. Kuahnya cukup rasa masam, manis dan pedas. Enak dimakan bersama nasi panas, memang boleh bertambah dua kali. Anda juga boleh sesuaikan sukatan bahan mengikut cita rasa sendiri. Selamat mencuba!

Sumber: BellaNasz Nasz

Baca juga: Ikan Masak Kengsom Thai Original, Kuah Masam Pedas Segar, Satu Lauk Dah Cukup Buat Nasi Bertambah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN