Categories: Resipi

Resipi Stok Sambal Tumis Wajib Ada Dalam Peti, Nak Guna Tinggal Cedok Saja!

Stok sambal tumis memang penyelamat dapur, terutamanya untuk yang sibuk bekerja atau tak sempat nak masak lama setiap hari. Sekali buat dalam kuantiti banyak, boleh guna untuk pelbagai jenis lauk sepanjang minggu. Bila ada stok siap dalam peti ais, memang rasa lebih tenang sebab tak perlu fikir nak tumis dari awal setiap kali memasak.

Sambal tumis ini juga boleh dijadikan asas kepada banyak menu seperti sambal telur, sambal ikan bilis, sambal ayam dan macam-macam lagi. Malah, nak makan dengan nasi panas kosong pun dah cukup menyelerakan. Rasanya yang pedas dan sedikit masam memang buat selera bertambah.

Kalau cara masak betul dan cukup pecah minyak, sambal boleh tahan sehingga dua minggu dalam peti ais. Yang penting, kena tahu teknik masak dan cara simpan yang betul supaya sambal tak cepat rosak dan rasanya kekal sedap setiap kali digunakan.

Baca juga: Resipi Pes Sambal Berlado Ini Penyelamat Waktu Bulan Puasa, Campak Lauk Terus Siap!

RESIPI STOK SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:

  • Bawang
  • Cili api
  • Cili besar
  • Asam keping atau asam jawa
  • Perasa (garam secukupnya, boleh tambah gula jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan menggunakan chopper untuk dapatkan tekstur seperti yang diinginkan. Kalau tiada chopper, boleh sahaja guna blender dan kisar secara kasar.
  2. Jika tak suka tekstur kasar, kisar lebih lama sehingga dapat tekstur yang lebih halus mengikut cita rasa masing-masing.
  3. Masak bahan kisar sehingga betul-betul masak. Pada peringkat ini, boleh masukkan garam dan jika suka sedikit rasa manis, tambah gula secukupnya. Ikut selera sendiri.
  4. Pastikan sambal dimasak sehingga pecah minyak. Ini penting supaya rasanya lebih sedap dan tahan lebih lama. Pecah minyak bukan bermaksud hangit ya.
  5. Apabila sudah siap, masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan, keluarkan sahaja dan biarkan pada suhu bilik seketika sebelum dihidangkan.
  6. Memang mudah dan sangat menjimatkan masa untuk kegunaan harian.

Sumber: Ain Sayud

Baca juga: Cara Buat Pes ‘Ibu Sambal’ Serba Guna, Nak Masak Apa Pun Jadi Cepat!

Wan N

Recent Posts

‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…

6 hours ago

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

11 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

12 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

13 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

14 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

15 hours ago