Categories: Informasi

30 Idea Menu Sahur Sihat & Boleh Kenyang Lama Sempena Ramadan, Mudah Disediakan & Protein Tinggi

Sahur adalah waktu penting untuk memastikan tenaga cukup sepanjang hari berpuasa. Tapi kadang-kadang kita cepat lapar selepas sahur sebab menu kurang nutrisi. Jadi kali ini, kami nak kongsikan 30 idea menu sahur sihat yang kenyang lama, sesuai untuk semua, sama ada bekerja, belajar atau di rumah saja.

Prinsip utama menu sahur sihat: Protein tinggi + Lemak sihat + Karbohidrat sederhana.

Gabungan ini membantu perut kenyang lebih lama berbanding minum smoothie atau makan roti kosong saja.

Baca juga: Menu Bajet RM50 Untuk Seminggu, Semua Sedap Dan Mudah Dibuat!

30 IDEA MENU SAHUR SIHAT SEPANJANG RAMADAN

  • Ramadan 1:

Wrap sandwich telur dadar dan kimchi – Protein + probiotik, cepat kenyang.

  • Ramadan 2:

Nasi putih + ayam air fryer blackpepper + kubis dan lobak merah rebus – Kombinasi karbohidrat + protein + serat.

  • Ramadan 3:

Telur rebus 6 minit + Keledek rebus + Ulam salad – Sihat, ringan, tapi kenyang lama.

  • Ramadan 4:

Sandwich ayam, mayo dan salad – Mudah dan cepat.

  • Ramadan 5:

Nasi putih + telur mata + kimchi – Protein tinggi + karbohidrat.

  • Ramadan 6:

Salad ayam dengan avocado dan croutons – Creamy, segar dan berkhasiat.

  • Ramadan 7:

Nasi putih + telur goreng hancur + sayur rebus – Penuh nutrisi untuk mulakan hari.

  • Ramadan 8:

Omelette bayam + nasi putih – Protein + sayuran + karbohidrat seimbang.

  • Ramadan 9:

Ayam air fryer lemon + keledek rebus – Ringan tapi kenyang lama.

  • Ramadan 10:

Telur rebus + roti wholemeal dengan butter – Menu pantas tapi cukup nutrisi.

  • Ramadan 11:

Ayam kukus halia + nasi putih – Aroma halia buat selera meningkat.

  • Ramadan 12:

Roti bakar butter garlic + telur ¾ masak – Menu cepat tapi lengkap.

  • Ramadan 13:

Nasi putih + ayam air fryer bbq – Sedap, manis + pedas.

  • Ramadan 14:

Shakshuka kacang kuda + roti bakar – Menu ala Barat, protein tinggi.

  • Ramadan 15:

Roti bakar + scrambled eggs – Mudah, cepat dan kenyang.

  • Ramadan 16:

Nasi putih + ayam kunyit air fryer + sayur bening – Warna menarik, sedap, berkhasiat.

  • Ramadan 17:

Salad telur dan avocado + roti bakar – Creamy dan segar.

  • Ramadan 18:

Nasi putih + ikan dan bendi masak pindang – Protein + serat.

  • Ramadan 19:

Telur dadar tomato + nasi putih – Simple, sihat, cepat sediakan.

  • Ramadan 20:

Roti bakar butter garlic + mushroom soup + telur rebus – Ala kafe di rumah

  • Ramadan 21:

1 pot nasi ayam + salad – Semua nutrisi lengkap, cepat.

  • Ramadan 22:

Sandwich ayam dengan avocado, bawang dan salad – Segar dan berkrim.

  • Ramadan 23:

Telur rebus + keledek air fryer dengan honey butter – Manis semula jadi & kenyang.

  • Ramadan 24:

Nasi putih + ikan bakar kunyit dan lada hitam + ulam – Tradisional tapi power!

  • Ramadan 25:

Roti bakar butter + telur mata – Simple & sedap.

  • Ramadan 26:

Keledek rebus + ayam air fryer garlic butter – Kenyang lama, rasa sedap.

  • Ramadan 27:

Nasi putih + telur rebus 6 minit + kicap dan butter – Menu mudah & lengkap.

  • Ramadan 28:

Nasi putih + sandwich egg mayo dengan tomato dan salad – Gabungan Asia dan Barat.

  • Ramadan 29:

Telur rebus + roti bakar butter – Ringkas dan terbukti.

  • Ramadan 30:

Nasi putih + sup ayam, tomato dan seleri – Comfort food untuk sahur.

Tips Pilih Menu Sahur Sihat Dan Kenyang Lama

  • Minum air secukupnya sebelum tidur untuk elak dehidrasi.
  • Elak menu terlalu manis – gula cepat naik turun, buat cepat lapar.
  • Gabungkan protein + lemak sihat + karbohidrat sederhana. Contohnya: telur + avocado + roti wholemeal.
  • Sediakan awal – sup, nasi atau ayam boleh dimasak malam sebelumnya.

Dengan 30 idea ini, anda boleh pilih menu sahur sihat untuk setiap hari Ramadan tanpa bosan dan yang penting kenyang lama. Selamat mencuba dan semoga puasa lebih bertenaga!

Semoga bermanfaat!

Sumber: faraherda

Baca juga: 3 Peta Minda Masakan Ayam, Daging & Ikan, Sesuai Jadi Idea Lauk Harian!

Aimi

Recent Posts

‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…

4 hours ago

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

9 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

10 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

10 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

12 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

13 hours ago