Categories: Resipi

Resipi Rendang Daging Tok Perak Asli, Pekat Berempah Wangi Macam Kenduri Raya Dulu-Dulu

Kalau sebut hidangan wajib waktu raya, memang tak sah tanpa rendang daging tok yang pekat, gelap berkilat dan penuh rasa rempah yang ‘naik’. Hidangan warisan dari Perak ini terkenal dengan teknik masakan perlahan yang buat daging jadi lembut dan kuahnya meresap sampai ke dalam serat.

Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Rm Zuan di Facebook dan telah dipermudahkan sedikit, tapi rasa tetap kekal autentik macam rendang tradisi lama.

Baca juga: Udang Masak Rendang Paling Wangi & Pedas, Resipi Sempurna Untuk Jamuan Raya Bersama Keluarga

APA ITU RENDANG DAGING TOK?

Rendang Tok ialah rendang tradisional Perak yang dimasak lama dengan santan, kerisik dan rempah sangai. Hasilnya ialah kuah pekat, gelap, berminyak cantik dan rasa rempah yang mendalam.

Bahan utama:

  • 1kg daging (potong 2 inci)

Bahan-bahan rempah sangai dan tumbuk:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu lada hitam (tidak disangai)
  • 2 sudu besar jintan putih

Sangai kering ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumbuk bersama lada hitam hingga halus.

Bahan-bahan kisar:

  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji buah keras
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai

Bahan-bahan tumisan dan kuah:

  • 2 batang kayu manis
  • 8 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 8 bunga cengkih
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan cili kering kisar
  • Air secukupnya
  • 1 kg santan
  • 1 cawan gula merah
  • 2 keping asam keping
  • 1 cawan kerisik
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara penyediaan:

1. Perap daging (rahsia rasa padu!)

Gaul daging dengan:

  • Rempah tumbuk
  • Bahan kisar

Perap sekurang-kurangnya 4 jam supaya rempah meresap sempurna.

2. Tumis rempah

Panaskan minyak, masukkan:

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Cengkih

Tumis hingga naik bau wangi.

3. Masak daging dan cili

Masukkan:

  • Daging yang telah diperap
  • Cili kisar

Kacau hingga daging nampak sedikit kecut dan rempah sebati.

4. Masukkan santan

Tuang:

  • Santan
  • Air secukupnya

Masak api sederhana hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.

5. Pekatkan rendang

Bila daging hampir empuk, masukkan:

  • Gula merah
  • Kerisik
  • Asam keping
  • Garam dan perasa

Kacau perlahan hingga kuah menjadi pekat, gelap dan berkilat cantik.

Tip Wajib Untuk Hasil Padu

  • Masak perlahan (slow cook)
  • Lagi lama dimasak, lagi sedap
  • Guna santan segar jika boleh
  • Masak 1–2 hari awal raya untuk rasa lebih ‘meresap’
  • Panaskan semula sebelum hidang

Resipi rendang daging tok ini bukan sekadar lauk raya, tapi warisan rasa Melayu Perak yang kaya rempah dan penuh nostalgia. Versi ini dipermudahkan tetapi masih mengekalkan rasa tradisional yang pekat dan autentik.

Selamat mencuba!

Sumber: Rm Zuan

Baca juga: Tips Masak Rendang Supaya Lebih Sedap, Pekat & Tak Mudah Basi Berhari-Hari, Ini Cara Betul!

Aimi

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

2 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

2 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

2 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

4 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

5 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

5 hours ago