cara hilangkan batuk kering

Batuk yang muncul tiba-tiba semasa tidur atau ketika sedang bercakap di siang hari memang boleh mengganggu. Jangan risau, ada cara hilangkan batuk kering secara tradisional yang mudah dengan menggunakan bunga cengkih.

Jika batuk kering, tiada kahak dan terasa gatal dalam kerongkong, anda mungkin sedang mengalami fenomena yang orang putih panggil ‘nagging cough’.

Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini

CARA HILANGKAN BATUK KERING GUNA BUNGA CENGKIH, INI KHASIATNYA

cara hilangkan batuk kering

Bunga cengkih mengandungi eugenol, sejenis bahan aktif yang boleh membantu:

  • Melegakan keradangan di tekak.
  • Mengurangkan rasa gatal dan sensasi batuk.
  • Memberi kesan menenangkan pada saluran pernafasan.

PETUA DAN CARA MENGGUNAKAN BUNGA CENGKIH

Terdapat beberapa cara mudah untuk menggunakan bunga cengkih:

1. Kunyah bunga cengkih.

  • Ambil 2 biji bunga cengkih sebelum tidur.
  • Kunyah perlahan-lahan.
  • Khasiat eugenol akan melegakan tekak dan mengurangkan batuk kering.

2. Sangai sebelum kunyah.

  • Sangai bunga cengkih sekejap sahaja, sekitar 1 hingga 2 minit.
  • Proses sangai ini membantu melepaskan aroma dan khasiatnya.

cara hilangkan batuk kering

3. Teh bunga cengkih.

  • Ambil segenggam bunga cengkih dan rebus dalam air panas.
  • Minum sebagai teh untuk melegakan batuk.

4. Minyak pati (essential oil) bunga cengkih.

  • Jika tidak suka rasa cengkih, boleh letak 3 titis minyak pati bunga cengkih dalam air.
  • Minum untuk kesan yang sama.

Tips tambahan:

  • Elakkan makan atau minum yang terlalu sejuk sebelum tidur.
  • Pastikan bilik tidur bersih dan udara tidak terlalu kering.
  • Jika batuk berterusan lebih dari 2 minggu atau disertai demam dan kahak, dapatkan pemeriksaan doktor.

Bunga cengkih bukan saja mudah diperoleh, malah merupakan cara semula jadi yang selamat untuk mengurangkan batuk kering waktu tidur. Cubalah cara hilangkan batuk kering ini dan rasai perbezaannya malam ini juga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Buah Pear Untuk Batuk Berpanjangan, Ringkas Tapi Kesan Cepat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending