Maggi goreng memang antara menu paling simple tapi ‘power’ dalam dunia masakan Malaysia. Tapi siapa sangka, hidangan ini boleh jadi viral sampai ke United Kingdom?
Baru-baru ini, seorang penjual makanan Malaysia di Nottingham mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video POV dirinya menyediakan mi segera goreng untuk pelanggan. Aksi memasak yang santai tapi penuh ‘feel’ itu terus tarik minat netizen, lebih-lebih lagi bila nampak bahan-bahan padu seperti bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.
Terus buat ramai teringat mi segera goreng mamak di Malaysia!
Penjual tersebut, Kent Hau, berasal dari Kuala Lumpur dan sudah lama menetap di UK. Namun, segalanya berubah ketika pandemik melanda apabila dia mula terasa rindu terhadap makanan Malaysia, terutama mi segera goreng dan nasi lemak.
Disebabkan itu, dia nekad belajar memasak sendiri dengan bantuan ibunya dari Malaysia. Dari situ, dia mula berniaga secara kecil-kecilan.
Tak sangka, sambutan yang diterima memang luar biasa!
Kini, perniagaannya di bawah jenama Syiok Lah semakin dikenali di Nottingham. Antara menu paling laris semestinya:
Namun, mi segera goreng tetap jadi ‘hero’ utama yang buat pelanggan datang balik berkali-kali.
Bukan saja rakyat Malaysia, malah orang tempatan British pun jatuh cinta dengan rasa unik ini.
Apa yang bermula dengan jualan kecil kini berkembang pesat. Dalam tempoh setahun, mereka sudah sertai puluhan acara termasuk festival makanan.
Setiap kali buka gerai, mi segera goreng panas-panas yang dimasak di depan pelanggan memang jadi tarikan utama. Bau pun dah cukup buat orang beratur panjang!
Walaupun kini aktif dengan food truck, Kent sebenarnya menyimpan impian besar untuk membuka restoran Malaysia yang autentik di Nottingham.
Baginya, mi segera goreng bukan sekadar makanan, tapi simbol identiti dan ‘rasa rumah’ bagi rakyat Malaysia di perantauan.
Kisah ini jelas membuktikan bahawa mi segera goreng bukan sekadar hidangan ringkas. Dengan cara yang betul, ia boleh jadi peluang bisnes yang berjaya, malah menembusi pasaran antarabangsa.
Kadang-kadang, apa yang kita anggap biasa, sebenarnya luar biasa di mata dunia.
Semoga bermanfaat!
Sumber: syioklah
Baca juga: Kedai ‘Tomyam Malaysia’ Mendunia Di India, Siap Ada Menu Roti Canai Dan Apam Balik
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…