Project Description

Bagaimana cara nak masak Tomyam Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tomyam Kambing

Bagaimana cara nak masak Tomyam Kambing?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • ½ kg daging kambing 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong pendek) 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 2 inci halia (Diketuk)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B
  • 3 sudu makan pes tomyam 
  • 8 biji cili api (Diketuk) 
  • 100 g bunga kubis (Dipotong kecil) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya) 
  • 1 pokok daun ketumbar (Dicencang)
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan renehkan sehingga 
      lembut. 
    3. Masukkan pes tomyam, cili api, bunga kubis dan tomato. Biarkan 
      mendidih dan tutup api. 
    4. Masukkan perahan limau nipis dan daun ketumbar. Kacau seketika. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.