Ramai yang pandai membuat sup tulang kan? Tapi rupanya ada rahsia sup tulang yang lebih sedap dari biasa kita masak.
Rahsianya adalah dengan menumis terlebih dahulu batang saderi dan lobak merah yang telah dikisar. Dijamin lagi sedap!
Sup tulang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi jika dimakan semasa sup masih panas. Memang nikmat!
Baca juga: Resipi Sup Daging Siam, Makan Dengan ‘Moi’ Aka Bubur Nasi Sangat Menyelerakan!
RESIPI RAHSIA SUP TULANG YANG SEDAP
Bahan-bahan 1:
- 3 biji bawang besar
- 8 biji bawang putih
- Halia dalam 2 ketul
- 1 sudu ketumbar
Kisar bahan ini sampai halus.
Bahan-bahan 2:
- 3 batang sadari
- 1 batang karot
Bahan ini pun dikisar sampai hancur.
Bahan-bahan 3:
- 3 batang kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 10 biji buah pelaga
- 1 senduk serbuk sup
Bahan-bahan lain:
- 2kg tulang
- 5 biji kentang (dibelah 2)
- 3 batang sadari (dihiris)
- 3 biji bawang besar (dibelah 4)
- Air
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 yang sudah dikisar hingga bau wangi.
2. Kemudian masukkan bahan 2 yang sudah dikisar dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
3. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.
4. Tambah air lagi jika tulang belum empuk dan ulang sehingga empuk. (sekitar 1 jam setengah)
5. Bila dah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dibelah.
5. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
6. Biarkan dalam 10 minit sehingga ubi kentang empuk.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa taburkan juga bawang goreng dan daun sup.
Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Farniza Razali