Ada yang menyangka makanan diet tidak sedap dan membosankan. Tetapi sebenarnya ada banyak alternatif makanan lain yang lazat dan sihat seperti kubis gulung kukus ini.

Menu ini tinggi protein dan rendah karbohidrat. Ia juga tidak menggunakan banyak minyak kerana dimasak dengan teknik kukus. Memang sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet!

Di samping itu, anda juga boleh mengubah suai resipi ini mengikut cita rasa dengan menambahkan ayam, tauhu, udang dan sebagainya. Jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!

RESEPI KUBIS GULUNG KUKUS

Bahan-bahan:

  • Sayur kubis
  • Telur
  • Udang kering cincang
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit serbuk stok ayam

Bahan sos:

  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Minyak bijan
  • Sedikit air
  • Air tepung jagung

Cara-cara:

1. Ambil kubis bahagian daunnya. Kemudian, rebus sehingga sedikit lembut.

kubis gulung

2. Dalam sebuah mangkuk, satukan telur, udang kering cincang, sedikit lada sulah dan sedikit serbuk stok ayam. Pukul rata sehingga semuanya sebati.

3. Kemudian, goreng telur seperti membuat telur dadar.

4. Selepas itu, potong telur untuk dibalut dengan kubis yang telah direbus tadi.

5. Letakkan telur di atas kubis dan gulung dengan kemas. Selepas itu, kukus selama 5 minit.

6. Cara membuatnya sosnya, renehkan sedikit sos tiram, kicap cair dan minyak bijan. Masukkan juga sedikit air dan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

7. Tuangkan ke atas kubis dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba!

kubis gulung

Kredit resipi dan gambar: Facebook Mary Teo Lee Na

Baca juga: Jom Cuba Resipi Kubis Bunga Masak Manchurian, Rasa Macam Lauk Ayam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending