kek pisang guna blender

Penggemar kek wajib cuba resipi kek pisang guna blender ini. Campak je semua bahan dalam pengisar, 5 minit adunan dah sedia untuk dibakar.

Yang paling penting, tekstur kek yang gebu dan rasa yang tidak muak pasti dapat memikat hati anda!

Sesuai untuk minum petang bersama seisi keluarga. Kalau ada jamuan makan kat pejabat pun boleh buat, tak perlu beli dah.

Cara Buat Kek Pisang Guna Blender

Bahan-bahan:

  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
  • 3/4 cawan gula perang
  • ½ tsp garam halus
  • 1 tbsp jus lemon
  • 1 cawan pisang berangan/ pisang raja

Bahan lain:

  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri ATAU tepung gandum + 1 tsp serbuk penaik + ½ tsp soda bikarbonat

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pisang ke dalam blender, blend sampai gebu dan sebati.

2. Masukkan pisang dan blend 3 saat sahaja. Tak perlu lama.

3. Sediakan 1 bekas besar, masukkan tepung naik sendiri atau nak guna tepung gandum pun boleh. Tapi kalau pakai tepung gandum, kena campur dengan serbuk penaik dan baking soda.

4. Tuang bahan yang sudah diblend ke dalam bekas mengandungi tepung, kacau sebati.

5. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan marjerin. Tabur coklat coin, hirisan atau choc chip mengikut selera masing-masing.

6. Sebelum bakar, panaskan oven terlebih dahulu supaya lepas siap adunan ni terus boleh bakar.

7. Bakar pada suhu 180°C selama 50-60 minit depend pada jenis oven. Selamat mencuba!

kek pisang guna blender

Kredit: Suhasnida Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN