Categories: Tips & Petua

Tips Masak Guna Cili Tapi Tak Pedas Menyengat, Ikut Petua Orang Lama Ini!

Ramai yang suka masakan bercili, tapi tak semua mampu menahan rasa pedas yang membakar lidah. Sebenarnya, ada cara untuk menjadikan cili tak pedas menyengat apabila dimasak.

Salah satu petua tradisional yang mungkin tidak ramai tahu ialah menggunakan cili dalam bilangan ganjil ketika memasak!

Baca juga: Petua Isi Kerang ‘Frozen’ Kembali Segar, Rasa Macam Baru Beli Dari Pasar!

Petua Masak Guna Cili Tak Pedas Menyengat

Menurut perkongsian oleh Puan Zalina Yahaya di Facebook, jika anda mahu masak menggunakan cili tapi tak mahu masakan terlalu pedas, gunakan cili dalam bilangan ganjil seperti 3, 7, 11, atau 13 biji.

Nampak macam pelik, tapi ramai yang sudah mencuba dan hasilnya memang menjadi! Rasa pedas masih ada, tapi tidak terlalu menyengat lidah.

Kenapa Bilangan Ganjil?

Secara logik, tiada bukti saintifik yang sahih mengenai petua ini. Namun, ini adalah antara ilmu dapur orang lama yang masih diamalkan sampai hari ini. Mungkin juga ia berkaitan dengan keseimbangan rasa atau cara cili itu berinteraksi dengan bahan lain semasa dimasak.

Apa pun sebabnya, ramai yang telah mencuba dan setuju bahawa menggunakan cili dalam bilangan ganjil memang membantu mengurangkan rasa pedas yang keterlaluan.

Tips Tambahan:

  • Buang biji cili jika mahu lebih kurangkan pedas.
  • Gunakan cili merah besar berbanding cili padi, kerana ia lebih manis dan kurang pedas.
  • Masukkan sedikit gula atau susu pekat dalam masakan untuk seimbangkan rasa pedas.

Sumber: Zalina Yahaya

Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau

Wan N

Recent Posts

Tauhu Telur Nestum Butter Dengan Gabungan Rasa Lemak & Pedas, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…

16 hours ago

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

18 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

19 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

19 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

20 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

20 hours ago