cara basuh ayam

Cara basuh ayam yang betul sangat penting untuk memastikan daging ayam benar-benar bersih sebelum dimasak. Ramai yang mungkin tak ambil serius tentang cara mencuci ayam.

Sedangkan sisa darah, lendir dan bau hanyir yang tertinggal boleh menjejaskan rasa serta kualiti hidangan. Malah, jika tidak dibersihkan dengan betul, ayam yang dimasak juga berisiko cepat basi walaupun baru sahaja dimasak beberapa jam.

Untuk mengatasi masalah ini, ada satu petua mudah dan tradisional yang masih digunakan sampai sekarang iaitu dengan menggunakan cuka makan sebagai bahan rendaman terakhir.

Cuka bukan sahaja membantu menanggalkan lendir dan bau hanyir, malah menjadikan ayam lebih bersih dan segar. Teknik ini sesuai diamalkan sama ada untuk memasak ayam goreng, kari, sup atau rendang.

Baca juga: Cara Cuci Papan Pemotong Hitam Guna 3 Bahan, Auto Nampak Macam Baru!

CARA BASUH AYAM PALING BERSIH

cara basuh ayam

Berikut adalah langkah mudah untuk mencuci ayam agar lebih bersih dan hilang segala lendir:

1. Masukkan ayam ke dalam bekas bersih. Pastikan ayam telah dibuang kulit lebihan, lemak dan darah beku jika ada.

2. Kemudian, basuh ayam seperti biasa sehingga bersih.

3. Selepas itu, gunakan cuka makan untuk basuhan terakhir. Rendam ayam selama lebih kurang 15 minit.

4. Bilas ayam dengan air bersih beberapa kali. Selepas direndam, bilas ayam seperti biasa hingga tiada kesan cuka dan lendir.

Sumber: Nurul Izza

Baca juga: Cara Cuci Selaput Lilin Pada Buah Anggur, Guna Tepung Gandum Je!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN