kerang frozen

Ramai yang suka simpan stok makanan laut seperti kerang dalam peti sejuk beku untuk memudahkan kerja memasak. Tapi bila nak guna, kerang ‘frozen’ ini selalunya sudah hilang rasa dan tekstur asal.

Ada yang jadi liat, tawar atau kurang berbau segar. Sebenarnya, ada petua mudah untuk kembalikan kesegaran kerang beku supaya rasa dan teksturnya hampir sama macam kerang yang baru dibeli dari pasar.

Tak perlu bahan pelik-pelik pun, cuma perlukan dua bahan asas yang memang selalu ada di dapur! Jika nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau

PETUA ISI KERANG FROZEN KEMBALI SEGAR

kerang frozen

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 cawan air (boleh guna air biasa atau air suam)

Langkah-langkah:

  1. Ambil kerang beku yang ingin digunakan dan biarkan ia cair seketika pada suhu bilik.
  2. Sediakan satu bekas dan campurkan 1 sudu besar cuka dengan 1 cawan air.
  3. Rendam kerang yang telah cair tadi ke dalam campuran air cuka selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  4. Toskan dan bilas dengan air bersih sebelum dimasak seperti biasa.

Dengan petua ringkas ini, anda tak perlu risau lagi kerang dalam freezer tidak sedap bila dimasak.

Sumber: Nurhamidah Najihah

Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN