tomyam yang pekat likat

Sedapnya kalau dapat hirup kuah tomyam yang pekat likat seperti resipi di bawah. Satu menu ini pun dah cukup untuk menaikkan selera orang yang tak sihat disaat cuaca sekarang yang tak menentu.

Rupanya ada cara untuk membuat kuah tomyam anda lagi pekat dan sedap iaitu dengan meletakkan tomato yang dikisar dan sedikit susu pekat.

Nak cuba buat? Ikut saja resipi perkongsian oleh Ana Mariana Ismail di bawah. Selamat mencuba!

CARA BUAT TOMYAM YANG PEKAT LIKAT

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (potong sederhana kecil)
  • Sayur-sayuran yang sesuai (carrot, bunga kobis, putik jagung, cendawan tiram, enoki, tomato)
  • 2 batang serai (hiris serong)
  • Seinci lengkuas (hiris nipis)
  • 2 atau 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • Bawang holland 2 biji (hiris)
  • 10 biji cili padi (diketuk)
  • Daun & akar ketumbar
  • Kiub tomyam & pes tomyam madam pun
  • Daun limau purut
  • Sos nampla/sos ikan
  • Air perahan limau
  • Sedikit susu pekat
  • Garam & perasa
  • 2,3 biji tomato (kisar) – untuk kuah lagi pekat likat

Cara-cara:

  1. Didihkan 1.5 liter air. Masukkan tomato yang sudah dikisar.
  2. Kemudian mauskkan kiub ayam, akar ketumbar, lengkuas dan bawang putih.
  3. Bila dah mendidih, masukkan isi ayam dan masak sampai lembut.
  4. Kemudian boleh masukkan pes tomyam dan sayuran yang keras terlebih dahulu.
  5. Seterusnya masukkan pula serai, bawang dan cili padi.
  6. Masukkan juga sos nampla dan air perahan limau sedikit.
  7. Perasakan dengan garam, ajinamoto dan sedikit susu pekat.
  8. Bila rasa semua dah sempurna, masukkan cendawan, tomato dan daun limau purut.
  9. Tutup api dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ana Mariana Ismail

Baca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu