kacang tanah

Kacang tanah goreng adalah kudapan kegemaran ramai. Sama ada dimakan begitu sahaja, ditabur atas nasi lemak atau dijadikan bahan tambahan dalam sambal.

Tapi ramai juga yang pernah alami masalah kacang cepat lemau, tak rangup atau kurang aroma lemak kacang yang wangi.

Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh kita lakukan supaya kacang tanah goreng tahan lebih lama, kekal rangup dan baunya pun harum semerbak.

Di bawah ini adalah cara goreng kacang tanah yang betul, termasuk satu rahsia yang jarang orang tahu iaitu penggunaan bawang putih semasa menggoreng.

Baca juga: Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!

CARA GORENG KACANG TANAH AGAR TAHAN LAMA, RANGUP DAN WANGI

kacang tanah

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah (dengan kulit atau tanpa kulit)
  • Beberapa ulas bawang putih (diketuk tanpa perlu buang kulit)
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah:

1. Bersihkan kacang tanah dan toskan jika dicuci terlebih dahulu. Ketuk bawang putih, biarkan kulitnya dan sedia untuk digoreng bersama kacang.

2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Jangan guna api besar kerana kacang mudah hangus dan akan jadi pahit.

3. Masukkan kacang ke dalam minyak panas bersama-sama bawang putih yang telah diketuk.

4. Kacau kacang secara perlahan dan konsisten supaya ia masak sekata dan tidak hangit di bahagian bawah. Warna keperangan keemasan menandakan kacang sudah cukup masak.

5. Bila kacang dah bertukar warna keemasan, cepat-cepat angkat dan toskan minyak menggunakan penapis atau lapik tisu dapur.

6. Biarkan kacang sejuk sepenuhnya sebelum disimpan. Waktu ini kacang akan jadi lebih rangup. Jangan terus tutup atau simpan semasa masih panas kerana wap akan menyebabkan ia lemau.

7. Bila kacang dah sejuk, simpan dalam balang atau bekas bertutup rapat untuk kekalkan kerangupan dan ketahanannya lebih lama.

Sumber: Nur Nadia Husna Arshad

Baca juga: Resipi Kacang Kuda Sambal Yang Bikin Ketagih, Sedap Makan Sambil Layan Movie

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN