Nasi terjelantah

Mesti ada satu hari tu korang pernah terkena nasi terjelantah (mentah & lembik).

Ini bakal mak mertua pun mesti pandang gerenti tak lulus untuk jadi menantu.

Tak apalah, asalkan tahu bagaimana nak atasi masalah tersebut.

Baca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari

Wanita ini yang dikenali telah berkongsi petua untuk ‘repair’ balik nasi mentah itu, Jadi, tak perlu terus buang tau.

Jom kita lihat perkongsian wanita ini dibawah.

Ade tak kat dalam ni yang pernah masak nasi terjelantah atau tak cukup air?

Masak nasi jelantah ini kadang-kdang ade banyak faktor. Bukan sebab tak pandai masak nasi. Kadang sebab ni je.

1. Dah terbiasa masak nasi dalam portion yang sedikit tiba-tiba kena masak dalam portion yang banyak.

2. Lupa paras sukatan air

Caranya mudah saja:

1. Keluarkan semua nasi yang jelantah itu dan masuk ke dalam pengukus.

2. Jangan lupa masak air dalam pengukus dulu. Selepas itu kukus sahaja nasi seperti biasa kira-kira 10 minit.

3. Nak lebih wangi, korang boleh tambah daun pandan. Nasi jelantah tadi dapat diselamatkan plus dapat nasi yang gebu dan lembut.

Semoga bermanfaat!


Sumber: Cik Pn Prop

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN