sos carbonara

Spaghetti carbonara sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Tapi setiap kali nak masak spaghetti carbonara ni kena beli sos segera dalam kuantiti yang banyak. Kalau beli sikit, risau tak cukup pula.

Jadi apa kata jom buat sendiri sos carbonara ni, sekali buat dapat sekuali. Baru puas hati dapat makan. Lihat saja resipi hasil perkongsian oleh Arieza Rieza di bawah. Boleh cuba nanti ya!

Cara Buat Sos Carbonara, Tak Perlu Beli Sos Segera Dah

Bahan-bahan:

  • Spaghetti
  • Butter
  • Bawang holland – potong dadu
  • Tepung gandum 3 sudu makan
  • Air 3 cawan
  • Susu full cream 4 cawan
  • Tatura cream cheese yang kecil (dibelah dua, ambil separuh saja. Kisar dahulu dengan sedikit air)
  • Garam
  • Lada hitam
  • Oregani
  • Daging cincang (boleh letak kalau nak lagi sedap)
  • Sosej dipotong kasar
  • Lada benggala

Cara memasak:

1. Panaskan butter. Kemudian masukkan bawang holland dan biarkan sehingga keperangan.

2. Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak. (kalau tak guna daging, boleh abaikan langkah ini)

3. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga keperangan sedikit.

4. Jika sudah agak kering, masukkan air dan kacau jangan sampai berketul.

5. Masukkan susu full cream. Kalau pekat, lebihkan susu.

6. Masukkan pula kesemua bahan lain. Pastikan cream cheese dikisar bersama sedikit air terlebih dahulu supaya kuah tidak berketul.

sos carbonara

7. Kalau rasa sudah sedap mengikut selera, boleh tutup api.

sos carbonara

8. Sedia untuk dihidang bersama spaghetti. Selamat mencuba!

sos carbonara

Kredit: Arieza Rieza

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN