resepi sira labu

Resepi sira labu merupakan salah satu manisan yang sangat sinonim dengan rakyat Kelantan. Ia merupakan salah satu manisan sering disajikan untuk tetamu di majlis kenduri. Memang wajib ada!

Cara penyediaan yang dikongsikan oleh Puan Hasifah Che Mat ini cukup mudah ringkas. Resipi ini tidak menggunakan setitik air kerana labu akan mengeluarkan airnya sendiri. Jika diletakkan air, labu akan menjadi hancur.

Kalau ada yang mahu cuba membuatnya di rumah, ikuti resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Agar-Agar Sirap Rose, Ini Tips Agar Mudah Terbentuk Dua Lapisan

RESEPI SIRA LABU

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji kecil labu kuning
  • Daun pandan – untuk alas labu dalam periuk
  • Gula 7-8 sudu makan
  • Gula melaka 3 ketul
  • Garam secubit

Cara memasak:

1. Basuh kulit labu buang untuk kotoran pada kulit baru potong, buang biji, basuh dan rendam dengan air kapur 10 minit. Selepas itu, basuh dan toskan.

2. Susun daun pandan dalam periuk. Susun labu selapis, tabur gula pasir dan gula melaka secara selang seli. Ulang hingga labu habis dan letak garam secubit dua.

resepi sira labu

3. Guna api sederhana perlahan, masak labu dan tutup periuk selama 25 hingga 35 minit.

4. Jangan sampai kuah kering, biar berkuah sedikit dan tutup api.

5. Sedia dihidangkan panas atau sejuk. Selamat mencuba!

resepi sira labu

Info tambahan:

  • Tujuan rendam labu dengan air kapur adalah supaya labu menjadi pejal
  • Jangan letak air sebab nanti hancur, air labu akan turun banyak
  • Guna api perlahan supaya cantik elok kejadiannya
  • Pastikan kuah jangan terlalu kering, biar sedikit pekat
  • Lagi manis, lagi berkilat kuah labu sira
  • Letak dalam peti sejuk, sedap makan sejuk-sejuk
  • Tak perlu buang kulit labu supaya isi tak penyek, kulitnya akan jadi lembut bila dah masak nanti

Kredit resipi dan gambar: Hasifah Che Mat

Baca juga: Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN