ayam goreng ala McD

Ramai tak yang suka makan ayam goreng di McD? Hari-hari makan pun takkan muak. Rupanya tak susah mana pun kalau ada yang nak cuba buat sendiri ayam goreng ala McD di rumah.

Walaupun rasa tidak sama ‘sebijik’ macam di McD, sekurangnya dapat menghilangkan rasa mengidam dan menjimatkan duit poket anda. Kalau hari-hari beli, keringlah poket nanti! Hehe.

Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom sama-sama baca resipi hasil perkongsian oleh Ummi Syuhada di laman sosial Facebook di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan:

  • Rempah kari daging
  • Tepung bestari pedas
  • Serbuk cili babas
  • Tepung goreng cucur cap tangan
  • Telur

Cara-cara:

  1. Rebus ayam bersama rempah kari daging.

  • Buang air rebusan. Bilas dengan air sejuk dan tambahkan sedikit ais supaya isi tak kecut.

  • Masukkan tepung bestari pedas dan serbuk cili babas. Gaul sehingga sebati.

  • Tutup bekas dengan plastik dan masukkan ke dalam peti ais sekejap.

  • Satukan tepung bestari, serbuk cili babas dan tepung goreng cucur cap tangan. Gaul rata terlebih dahulu sebelum dilumur pada ayam. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul rata bersama 1/2 sudu kfc maggi secukup rasa.

  • Lumurkan campuran tepung tadi pada ayam, kemudian celupkan ke dalam telur. Kemudian salutkan semula dengan tepung.

  • Goreng ayam dalam minyak yang banyak. Tak perlu goreng lama, bila dah garing boleh terus angkat.

ayam goreng ala McD

  • Siap. Selamat mencuba!

ayam goreng ala McD

Kredit: Ummi Syuhada

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN