Kalau korang tak pernah pergi Lubnan, tak semestinya korang takkan dapat merasa makanan mereka. Jangan risau, korang boleh cuba buat di rumah je. Resepi kali ini ringkas dan lazat sesuai untuk dihidang seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

AYAM GORENG LUBNAN DENGAN TOUM

Kalau korang tak pernah pergi Lubnan, tak semestinya korang takkan dapat merasa makanan mereka. Jangan risau, korang boleh cuba buat di rumah je. Resepi kali ini ringkas dan lazat sesuai untuk dihidang seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • ½ ekor ayam (peha)

  • 2-3 sudu besar serbuk paprika

  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar

  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

  • ½ biji lemon

  • 2-3 ulas bawang putih

  • 1 senduk mayonis

  • ½ biji kobis

  • ½ batang lobak merah

  • 1-2 sudu minyak zaitun

  • Garam secukupnya

Kredit: Kamarul Ariffin

CARA PENYEDIAAN
  • Sagat bawang putih, tabur serbuk paprika, jintan manis, ketumbar, lada hitam dan garam pada ayam.

  • Perahkan jus daripada ¼ lemon.

  • Gaul rempah sehingga sebati. Perapkan ayam antara 30 minit hingga 2 jam. Kalau nak pedas, guna serbuk cili.

  • Selepas perap, kalau nak goreng, letakkan tepung jagung. Kalau nak bakar, tidak perlu letak. Terus bakar pada suhu 250°C selama 30-40 minit.

  • Goreng dalam minyak sederhana, dan perlu lama, untuk pastikan isi dia masak.

  • Tutup kuali supaya haba tak terbebas. Barulah cepat masak, dan minyak tidak akan terpercik sana-sini.

  • Sementara itu, potong kobis, lobak merah dan perah baki lemon.

  • Letak minyam zaitun, garam dan lada hitam. Gaul sebati.

  • Campurkan mayonis bersama bawang putih untuk membuat toum.

  • Setelah ayam siap boleh dihidangkan bersama salad dan toum. Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending