Seorang jurutera kimia di Afrika Selatan menemui cara baru untuk menghasilkan tepung untuk kegunaan dalam pembuatan makanan dengan menggunakan ulat bulu sebagai sumber utama yang mengandungi protein dan juga zat besi.

Menurut Vesela, dia telah menemukan sejenis ulat bulu yang berwarna hijau dan hitam atau ‘cacing mopane’ yang boleh ditukarkan kepada sumber protein dan zat besi untuk dijadikan bahan makanan seperti biskut, bar coklat berprotein, bijirin dan juga minuman smoothie.

Selain itu, apabila dikukus dan potong dengan potongan yang nipis, serangga ini boleh dijadikan sebagai topping di atas hidangan pizza. Bagi kebanyakkan orang terutama di kawasan barat Eropah, idea makan ulat adalah hal yang menakutkan.

Baca juga: Ini Sebab Kenapa Perlu Tapis ‘Tepung Gandum’ Sebelum Guna, Terkejut Ada Ulat!

Walau bagaimanapun, penternakan cacing mopane tidak akan merosakkan alam sekitar selain mempunyai sumber nutrisi yang sangat baik dan berharga. Vasela juga telah berjaya mendapatkan beberapa pelanggan domestik untuk mencuba produk oraganik yang telah dihasilkan.

Boleh hasilkan coklat bar, jajan dan kek.

Dalam pada itu, ahli antropologi makanan, Anna Trapido berkata makanan itu tidak lagi boleh dilihat sebagai trend makanan yang biasa. Sebaliknya, mereka yang memilih untuk memakannya perlu diberikan pengiktirafan.

“Cacing Mopane perlu dipelihara dengan sangat teliti dan penuh rasa hormat kerana merupakan sebahagian daripada emosi, rohani dan kulinari orang ramai.

Vasela sedaya upaya untuk meyakinkan pelanggan yang pada awalnya menolak untuk mencuba biskut dan bar protein diperbuat daripada tepung dihasilkan dari ulat di pesta makanan baru-baru ini di daerah Sandton kelas atasan Johannesburg.

“Saya tidak akan makan cacing, saya minta maaf kerana ia menjijikan. Tetapi jika kamu berikan dalam bentuk coklat, ia memang sedap,” kata Gail Odendaal, salah seorang pelanggan, lapor Wion.

Mopane juga merupakan sejenis cacing yang mesra alam yang tidak memerlukan air atau tanah tambahan kerana membiak dengan cara memakan pokok mopane yang tumbuh di kawasan yang panas dan kering di selatan Afrika.

Serangga ini merupakan sumber protein yang lebih baik daripada banyak makanan lain di pasaran, kata pakar diet, Mpho Tshukudu.


Sumber: Info Tourism

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN