makanan barat

Makanan barat sudah menjadi kegilaan ramai terutamanya kepada rakyat Malaysia. Hal ini kerana, di dalam satu pinggan menu barat itu mempunyai pelbagai jenis juadah.

Kalau anda sudah bosan dengan menu yang sama, apa kata lepas ni anda cuba menu yang akan dikongsikan pada ruangan bawah ini.

6 Resipi Makanan Barat Yang Lazat

Macaroni Cheese Yang Super Sedap

makanan barat

Bahan-bahan:

  • 3 cawan macaroni
  • Air secukupnya untuk rebus macaroni
  • Sedikit minyak untuk rebus macaroni
  • 3 keping cheese
  • 1 cawan cheese powder
  • 1 sudu parsley
  • 1 sudu basil
  • 1 sudu oregano
  • 3 cawan susu segar

Kalau nak lagi sedap, letak mozarella cheese baru lagi padu.

Cara memasak:

  1. Rebus macaroni hingga hampir kembang sepenuhnya.
  2. Apabila kembang, buang air rebusan tadi.
  3. Masukkan susu segar, oregano, cheese keping dan cheese powder.
  4. Masak semua hingga sebati dan melting.

Carbonara Tanpa Sos Prego

makanan barat

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang holland
  • Sedikit minyak
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 kiub ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 keping cheese
  • 1 sudu tepung gandum dan sedikit air
  • 1 kotak susu full cream
  • cendawan (optional)
  • Italy herbs
  • Garam

Cara-cara:

  1. Masukkan marjerin.
  2. Tumis bawang putih dan bawang holland.
  3. Bila sudah kekuningan sikit, masukkan air bancuhan tepung.
  4. Masukkan kiub ayam, susu full cream, cheese dan italy herbs.
  5. Apabila dah menggelegak sikit. Masukkan cendawan dan garam. Gaul hingga kepekatan yang kita nak.

Sos blackpaper

makanan barat

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang holland
  • Sedikit minyak
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 kiub ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 keping cheese
  • 1 sudu tepung gandum dan sedikit air
  • 1 kotak susu full cream
  • Cendawan (optional)
  • Italy herbs
  • Garam
  • Kicap
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara:

  1. Masukkan marjerin.
  2. Tumis bawang putih dan bawang holland.
  3. Bila sudah kekuningan sedikit, masukkan air bancuhan tepung.
  4. Masukkan kiub ayam, susu full cream, cheese dan italy herbs.
  5. Apabila dah menggelegak sikit, masukkan garam dan cendawan. Gaul hingga kepekatan yang kita nak.
  6. Masukkan kicap 2 sudu besar dan lada hitam yang di tumbuk.

Chewy Coklat Chip

makanan barat

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan coklat chip

Cara-cara:

  1. Satukan mentega, gula perang, gula castor.
  2. Gaul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan telur dan gaul lagi.
  4. Masukkan campuran tepung gandum, garam, soda bikarbonat dan gaul.
  5. Akhir sekali, masukkan coklat chip dan gaul.
  6. Apabila adunan dah siap. Masukkan adunan ke dalam peti ais selama 1 jam.
  7. Sejam kemudian, keluarkan dari peti ais dan boleh bahagikan adunan ikut saiz yang diingini.
  8. Bakar suhu 150 selama 15-20 minit.

Shepherd’s Pie Cheesemakanan barat

Bahan-bahan:

  • 5 biji kentang
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan susu
  • 2 keping cheese
  • 3 sudu minyak
  • Daging cincang
  • 6 sudu serbuk cheese
  • Air panas

Cara-cara:

  1. Rebus dulu kentang dengan garam hingga separuh masak.
  2. Lenyekkan kentang dan masukkan cheese, lada sulah, susu full cream dan garam.
  3. Kemudian masukkan kentang lenyek tadi ke dalam bekas loyang dan ratakan.
  4. Masak daging cincang hingga masak dan letak di atas kentang leyek yang kita ratakan tadi.
  5. Bakar sekejap di oven dengan suhu 160 sehingga cheese mencair.

Aglio Olio Terangkat

makanan barat

Bahan-bahan:

  • 1 paket spaghetti
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 setengah tomato
  • 1 slice keju
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin cendawan
  • 1/2 biji cili benggala
  • 1 sudu besar italy herbs
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 paket cili flakes
  • Garam secukup rasa
  • Udang

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan sedikit.
  2. Masukkan tomato, cili benggala dan cendawan.
  3. Gaul sedikit. Kemudian masukkan kiub ayam, cili flake, lada hitam, italy herbs, cheese dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan spaghetti. Gaul sebati.

Kredit: Noratiqah Nordin

Baca juga:

CARA | Membuat Tortilla Wrap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN