jemput ikan bilis

Pantang nampak Jemput Jemput Ikan Bilis depan mata, mesti tak sabar nak mengunyah. Maklumlah, kuih goreng ini memang kesukaaan ramai sejak dulu lagi.

Jemput Jemput atau disebut juga sebagai cucur atau cekodok merupakan kuih tradisi dan cukup popular terutamanya buat mereka yang duduk di kampung.

Dari manakah datangnya sebutan Jemput Jemput itu? Sebenarnya, ia dipanggil sebegitu kerana saiznya sebesar sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.

Sekarang, banyak cara yang dipakai untuk hasilkan Jemput Jemput yang terbentuk elok. Selain disauk dengan sudu, ada juga yang menggunakan senduk untuk membuatnya.

Fyza Shah di Facebook telah kongsikan rahsia buat Jemput Jemput Ikan Bilis lembut tanpa telur dan air panas. Ternyata, perlu letak sesenduk nasi ketika membuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Jemput Jemput Kentang Lembut Sampai Ke Petang, Pakai Air Sejuk Pun Sedap!

RESIPI JEMPUT JEMPUT IKAN BILIS LEMBUT

jemput ikan bilis

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar bawang dan ikan bilis dengan air sejuk biasa sampai lumat.

2. Selepas itu, boleh racik ubi kentang (ikut suka nak potong bentuk dadu atau panjang melunjur pun boleh).

3. Kemudian, campurkan tepung gandum dengan bahan yang telah dikisar tadi dan gaulkan sampai sebati.

4. Selepas gaul, campak ubi kentang yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan tersebut.

5. Seterusnya, boleh panaskan minyak dan mulalah menggoreng sampai kekuningan.

6. Jika tak suka ia garing sangat, boleh terus terbalikkan setelah ia terapung dan berwarna sedikit kuning, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

jemput ikan bilis

Apabila mempunyai banyak masa lapang di rumah, memang teringin nak masak sesuatu di dapur. Jadi, bolehlah buat Jemput Jemput Ikan Bilis ini di rumah nanti.

Oleh kerana cara buat Jemput Jemput ini sangat mudah, ia merupakan pilihan terbaik sebagai hidangan sarapan atau minum petang bersama seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Fyza Shah

Baca juga: Jemput Jemput Ikan Bilis, Nak Rangup Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Sebelum Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN