Mari belajar teknik masak nasi lemak guna beras Basmathi. Rasanya lebih sedap jika berbanding menggunakan beras biasa. Tetapi, ada anda harus belajar teknik sukatan agar nasi lemaknya tidak gagal.
Jika salah teknik dalam mengukur air, nasi lemak yang dibayangkan memang tidak menjadi.
Untuk beginner yang nak belajar memasak nasi lemak terutamanya menggunakan beras Basmathi, inilah caranya. Hasilnya, nasi yang dimasak akan cantik berderai sebiji-sebiji hasil nasi lemak ini, memang sempurna.
Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak
Selepas masak, bolehlah dipadankan dengan ayam goreng berempah, sambal, telur mata kerbau, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng garing, serta hirisan timun yang rangup.
Mari ikuti perkongsian resipi dan teknik masakan dari Cik Puan Amelia Tamby Hussin ini.
Teknik Masak Nasi Lemak Menggunakan Beras Basmathi
Bahan-bahan:
- 2 pot beras Basmathi
- 1 pot santan pekat
- 1 1/2 pot air biasa
- 1 helai daun pandan
- Garam
- Minyak masak/minyak kelapa dara
Cara-cara Penyediaan:
1. Ambil dua pot beras Basmathi dan bersihkan beras tersebut. Sebelum memasak beras ini, lebih baik direndam terlebih dahulu selama kira-kira 30 minit.
2. Cara mudah untuk mengukur air bagi beras Basmathi adalah 2 pot beras: 1 pot santan dan 1 1/2 pot air.
3. Kemudian masukkan sehelai daun pandan yang telah diikat, bersama dengan hirisan bawang merah dan juga halia. Jangan lupa tambahkan sedikit garam.
4. Masak nasi lemak beras Basmathi ini menggunakan periuk elektrik. Pastikan untuk menekan butang ‘cook’.
5. Pastikan bekas yang digunakan untuk sukat beras adalah sama dengan bekas yang digunakan untuk sukat santan dan juga air.
6. Jika ada minyak kelapa dara, boleh dimasukkan sedikit kerana lebih sedap daripada minyak masak biasa. Minyak ini boleh dicampur setelah nasi dimasak. Hasilnya akan menjadi lebih sedap dan cantik berderai.
Selamat mencuba belajar masak nasi lemak guna beras basmathi ini.
Sumber: Facebook Amelia Tamby Hussin
Baca juga: Nasi Dagang Ikan Tongkol, Ini RAHSIA Masak Gulai Jadi Lebih Sedap