cecemek

Pasti ramai yang tidak pernah mendegar mengenai kuih cecemek kan? Kuih ini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Perak kerana ia merupakan kuih tradisional yang tidak lekang dek zaman.

Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut yang dibulatkan kecil dengan membuat lubang di tengah. Kemudian, lubang tersebut diisi dengan gula serta bancuhan santan dan seterusnya dikukus sehingga masak.

Jika ada yang nak tahu bahan-bahan dan cara penyediaannya yang lengkap, ikuti saja resipi perkongsian oleh Nukilan Seni Seri Delaila di bawah.

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

RESIPI CECEMEK, KUIH TRADISIONAL PERAK

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut
  • Air
  • Secubit garam
  • Gula pasir
  • Santan

Cara-cara:

1. Bancuh tepung pulut dengan air serta secubit garam. Jadikan seperti doh karipap. (nak guna air daun pandan pun boleh)

2. Bentukkan bulat dan lubangkan bahagian tengah seperti lesung batu.

3. Susun atas daun yang sudah disapu dengan sedikit minyak dan diletakkan di dalam mangkuk atau piring.

cecemek

4. Isikan gula pasir di dalam lubang adunan dan isikan pati santan sehingga melimpah (sebagai kuah).

cecemek

5. Kukus selama 5 hingga 8 minit.

6. Sedia untuk dinikmati, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nukilan Seni Seri Delaila

Baca juga: Nak Tahu Makanan Zaman Mat Kilau? Ini 7 Makanan Tradisional Melayu yang Kian Hilang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending