cara buat jeli kelapa

Cuaca panas boleh membuatkan tekak cepat rasa dahaga dan teringin makan pencuci mulut yang menyegarkan. Oleh itu, kami nak kongsikan cara buat Jeli Kelapa yang cukup nikmat.

Jeli Kelapa ialah pencuci mulut yang dibuat daripada air dan isi kelapa yang segar. Bukan saja mudah dibuat, malah ia boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk serta warna menarik.

Sesetengah kenduri kahwin atau jamuan terutamanya di kawasan kampung akan menghidangkan Jeli Kelapa ini supaya tetamu dapat menikmatinya dengan segar.

Muhamad Jefri Bin Harun telah kongsikan cara buat Jeli Kelapa di Facebook yang sangat mudah. Selain itu, hasilnya mendapat pujian ramai kerana cantik seperti langit. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Agar Agar Kelapa Selasih, Cantik Macam Kolam Ikan!

CARA BUAT JELI KELAPA

cara buat jeli kelapa

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus serbuk jeli kelapa
  • 2 biji isi kelapa (yang lembut)
  • 1 penutup esen vanilla
  • ½ botol kecil air aiskrim soda
  • Setitik pewarna biru
  • Air dan gula (ikut cara-cara di plastik serbuk jeli kelapa)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, panaskan air sampai betul-betul mendidih.

2. Masukkan gula, serbuk jeli kelapa dan esen vanilla, kemudian kacau sampai sebati.

3. Selepas itu, masukkan air aiskrim soda dan kacau sampai sebati lagi.

4. Masukkan isi kelapa dan titik sedikit pewarna biru, kemudian tutup api.

5. Akhir sekali, boleh isi ke dalam bekas mengikut citarasa.

cara buat jeli kelapa

Apa yang kami boleh katakan, Jeli Kelapa ini merupakan idea pencuci mulut yang menarik untuk dibuat di rumah. Jika ada anak yang masih kecil, boleh ajak mereka buat bersama-sama.

Banyak permintaan Jeli Kelapa sebagai hidangan pencuci mulut untuk sebarang majlis, jadi inilah waktu paling tepat untuk anda belajar cara membuatnya.

Jika terfikir nak berniaga, bolehlah gunakan cara buat Jeli Kelapa ini sebagai pendapatan sampingan. Tambahan pula, tiada siapa yang akan menolak untuk makan pencuci mulut ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Muhamad Jefri Bin Harun

Baca juga: Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN