bihun goreng 12 sudu

Baru-baru ini ini tular di laman sosial Facebook, Resipi Bihun Goreng 12 sudu gula yang lain dari lain kerana resipi ini dimasukkan 12 sudu teh gula.

Tak manis ke? Sedap ke? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan. Ramai yang sudah mencubanya dan rata-rata daripada mereka mengatakan rasanya boleh tahan sedap!

Kalau anda nak tahu bagaimana rasa bihun goreng ini, jom cuba buat sendiri nanti dengan menggunakan resipi di bawah.

Resipi Bihun Goreng 12 Sudu Gula ‘Viral’

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun (rendam air biasa)
  • Udang kering satu paket kecil
  • Bawang rose 3 biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Cili kering 4 biji*
  • Belacan bakar (sikit sahaja)
  • Asam jawa (agak-agak besar duit 20 sen)*
  • Gula 12 sudu teh (kfc)
  • MSG 2 sudu teh
  • Garam 1/2 sudu teh (x7)
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu teh*

Cara-cara:

  1. Bakar belacan.
  2. Kisar bahan yang bertanda (*) sampai hancur. Air jangan terlalu banyak.
  3. Goreng udang kering dalam minyak. Bila dah agak masak, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan perasa dan tumis seketika lagi. Bila dah nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
  5. Kacau sebati bihun dengan menggunakan api perlahan untuk mendapatkan hasil bihun yang tidak hancur dan lembut. Hanya masukkan air bila perlu,
  6. Cara nak tahu jika bihun masak elok, akan nampak asap pada permukaan atas bihun.

Kredit: Mohd Shukur Mohd Shukur

Kredit gambar: Noraini Rose, Shida Bedullah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN