
Walaupun ada pelbagai jenis bahulu gulung yang ada sekarang, namun resepi Bahulu Gulung Kampung tetap dicari kerana rasa asli dan klasik yang tiada tolok bandingnya.
Bahulu atau baulu merupakan kuih tradisional Melayu yang konsepnya serupa dengan kek madeline, cuma bentuk biasanya ialah bulat dan terdiri daripada bahan yang berbeza.
Bahulu Gulung adalah salah satu versi bahulu yang menjadi pilihan hidangan ketika musim perayaan. Bahagian luarnya lembut bersama jem manis di dalam, cukup memikat selera.
Kami terjumpa resepi Bahulu Gulung Kampung yang dikongsikan oleh Mawar Wilsa di Facebook dan begitu teruja dengan hasilnya yang tak pecah dan lembut. Jom kita cuba!
Baca juga: Bahulu Goreng, Resipi Ringkas Tanpa Bakar Tapi Rangup Bukan Main!
RESEPI BAHULU GULUNG KAMPUNG

Bahan-bahan:
- 4 biji telur (saya guna gred B)
- 1 cawan gula kastor
- 1½ cawan tepung gandum (diayak)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Sedikit pewarna oren (tambahan jika suka)
- Jem strawberry
- Jem blackcurrant
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pukul telur, gula dan esen vanilla sampai betul-betul kembang.
2. Apabila adunan sudah menjadi warna cream, masukkan pewarna dan mix sebati.
3. Selepas itu, masukkan tepung dan gaul perlahan-lahan sampai betul-betul sebati.
4. Sapu loyang dengan marjerin dan tabur tepung, kemudian ratakan dan keluarkan tepung yang lebih.
5. Seterusnya, letak 2 cawan adunan ke dalam loyang tadi dan ratakan ke seluruh loyang.
6. Setelah itu, bakar dengan menggunakan suhu 150°C selama 15 minit atau mengikut oven masing-masing (saya letak di bahagian rak atas sekali).
7. Apabila sudah masak, boleh terus sapukan jem yang disukai (saya guna jem strawberry dan blackcurrant) dan gulungkan.
*Saya guna jem dalam botol, panaskan jem sampai cair, kemudian bolehlah digunakan.
*Kena gulung semasa panas sebab jika sudah sejuk, bahulu mudah patah apabila digulung.
8. Akhir sekali, boleh balut dengan kertas minyak dan setelah sejuk, boleh dipotong.

Kami yakin resepi Bahulu Gulung Kampung ini pasti disukai ramai kerana kelazatannya dapat mengembalikan nostalgia sewaktu berada di kampung.
Selamat mencuba!
Sumber: Mawar Wilsa
Baca juga: Bahulu Mini Comel Dan Lembut, Geram Tengok Sampai Tak Sabar ‘Ngap’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














