resepi nasi goreng ikan

Kalau ada nasi lebihan semalam dan tak tahu nak masak apa, resepi nasi goreng ikan rebus ini boleh jadi pilihan yang cepat dan sedap!

Menu ini juga sangat ringkas, tapi rasanya cukup power. Bagi yang suka masakan tradisional, pasti akan rasa nostalgia air tangan orang dulu-dulu.

Resipi ini juga tak perlu bahan yang banyak, cuma ikan rebus atau goreng, telur, sedikit bahan tumisan dan beberapa bahan lain.

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

RESEPI NASI GORENG IKAN REBUS

resepi nasi goreng ikan

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Tumbuk semua bahan (bawang merah, bawang putih, cili kering) kecuali ikan, tetapi jangan sampai terlalu lumat.
  2. Tumbuk ikan secara berasingan, pastikan ikan tidak terlalu halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan tumbuk tadi hingga naik bau wangi.
  4. Setelah bahan tumisan masak, masukkan telur dan kacau hingga bergaul sebati.
  5. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan gaul rata dengan bahan tumisan.
  6. Setelah itu, masukkan nasi putih dan gaul rata sehingga semua bahan bersalut dengan bahan tumisan.
  7. Akhir sekali, tambah garam secukup rasa untuk rasa yang sempurna.

Sumber: Tengku Asmadi

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Pattaya Ala Thai, Ini Tip Senang Bungkus Telur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN