nasi dagang ikan tongkol

Untuk membuat nasi dagang ikan tongkol yang sedap, ada beberapa rahsia dan teknik masakan yang anda boleh buat. 

Pastikan guna ikan tongkol yang segar untuk mendapatkan rasa yang lebih baik. Untuk beras pula, rendam beras nasi dagang semalaman untuk memastikan kelembutan dan kekenyalan nasi dagang. Sebaiknya, gunakan air rendaman ikan tongkol untuk menghasilkan nasi yang lebih beraroma.

Baca juga: Nasi Khomok (Khao Mok Gai), Nasi Beriani Style Thailand Yang Boleh Dicuba

Dengan mengikuti rahsia dan tips ini, anda dapat membuat nasi dagang ikan tongkol yang sedap dan memuaskan. Di bawah ini resipi penuh dari dari perkongsian Adnan Bin Mat Abu yang anda boleh cuba. 

RESIPI NASI DAGANG IKAN TONGKOL

Bahan-bahan nasi dagang:

4 pot beras nasi dagang Terengganu (rendam selama 6 jam)
2 sudu besar halba
1/2 kotak kecil santan
Halia – mayang halus
Bawang merah – mayang halus
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam beras nasi dagang Terengganu selama enam jam. Kemudian kukus hingga separuh masak selama 20 minit.
  2. Apabila campuran kedua-dua jenis beras yang dikukus tadi separuh masak, dimasukkan ia ke dalam bekas atau besen yang besar. Kemudian ketepikan.
  3. Sementara itu, santan, halia, bawang, halba, gula ,garam dimasukkan ke dalam sebiji mangkuk. Kacau hingga gula dan garam hancur dan semua bahan sebati.
  4. Masukkan ke dalam bekas berisi beras yang dikukus tadi kemudian gaul sampai rata. Kaup balikkan perlahan-lahan untuk mengelakkan nasi patah.
  5. Selepas dikacau rata, kukus sekali lagi sehingga masak selama 20 minit. Kemudian letak di dalam bekas beralas daun pisang. Tekan-tekan hingga mampat. Tutup dengan daun pisang dan sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan gulai ikan tongkol:

  • 2 ekor ikam Tongkol – rendam dengan air asam jawa
  • Asam keping
  • Air
  • 1/2kg santan
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan 
  • Gula keret
  • Cili merah dan cili hijau

Cara-cara penyediaan gulai:

  1. 2 ekor ikan tongkol berat sekg seekor dipotong 3. Basuh dgn air asam jawa dan dikukus bersama asam keping.
  2. 1/2 kg santan pekat direneh atas dapur hingga pecah minyak.
  3. 2 inci halia, 2 inci lengkuas, 6 biji bawang merah kecil, 5 ulas bawang putih dikisar dan ditumis hingga naik minyak.
  4. Satukan santan dalam bahan tumis, tambahkan sesudu besar cili kering dikisar dan seterusnya taburkan serbuk kari ikan.
  5. Masukkan secawan air. Bila dah mendidih masukkan ikan tongkol yang dah dikukus.
  6. Perasakan dgn gula keret dan garam. Bolehlah dimasukkan cili merah dan cili hijau.

nasi dagang ikan tongkol

Bahan-bahan acar timun:

  • Timun
  • Lobak merah pun sama dipotong mendatar dan hiris halus
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji lada besar buang biji hiris halus
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar cuka

Cara-cara penyediaan acar:

  1. Timun dipotong mendatar. Kemudian belah empat dan buang bijinya. Hiris halus. Saya suka nipis. Kalau kasar kurang cantik di mata saya
  2. Lobak merah pun sama dipotong mendatar dan hiris nipis.
  3. Bawang merah dan lada besar (buang biji) dihiris halus
  4. Gaulkan semua bahan hingga sebati.

nasi dagang ikan tongkol

Selamat mencuba.

Sumber: Adnan Bin Mat Abu

Baca juga: Cara Buat Nasi Lemak Pandan, Sambal Dan Ayam Goreng Berempah. Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN