resepi kek oren sunquick

Resepi kek oren sunquick ini sangat lembap dan lembut, dengan aroma harum dari parutan kulit oren yang pasti menggoda selera.

Kek ini sangat sesuai dihidangkan sebagai hidangan minum petang bersama secawan air teh atau kopi panas, sungguh nikmat dan memuaskan!

Pastikan anda guna ‘butter’, bukannya marjerin untuk rasa kek yang lagi sedap. Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Matilda, Sangat Moist & Padat Dengan Rasa Coklat

RESEPI KEK OREN SUNQUICK SUKATAN CAWAN

resepi kek oren sunquick

Bahan-bahan:

  • 250 gm mentega
  • 180 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 250 gm tepung gandum (atau tepung naik sendiri, tidak perlu tambah baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80 gm susu cair
  • 5-6 sudu makan jus oren Sunquick
  • Parutan kulit oren
  • Sedikit pewarna oren

Cara penyediaan:

  1. Pukul gula kastor dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu, kemudian putar lagi hingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, susu cair, jus oren Sunquick, pewarna oren dan parutan kulit oren. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8″ atau 9″.
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam 15 minit. Masa membakar boleh berbeza mengikut jenis oven yang digunakan.
  6. Setelah kek masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Mdm Kelly

Baca juga: Resipi Kek Coklat Tiramisu Cheese Leleh, Setiap Suapan Terasa Nikmatnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN