Seorang pengguna Facebook, Nurulain berkongsikan rahsia membuat sambal belacan yang wangi dan dapat tahan lebih lama. Bukan itu sahaja, sambal juga akan lebih beraroma dan sedap!
Perkongsian ini istimewa untuk anda yang setiap kali buat sambal belacan, pasti tidak tahan lama jika disimpan dalam peti ais. Akhirnya, terbuang begitu sahaja stok sambal yang dibuat. Sayang bukan?
Jom lihat perkongsian oleh beliau di bawah. Selepas ini, boleh buat stok sambal belacan banyak-banyak. Senang bila nak makan dengan nasi.
Resipi Sambal Belacan Yang Wangi, Sedap & Tahan Lama
Cara-cara buat mengikut urutan (kisar kasar bahan-bahan):
- 6 biji limau kasturi (buang biji)
- 50g belacan yang telah dibakar
- 3 biji cili merah + 1biji cili hijau
- 8 biji cili padi hijau
- 25 biji cili padi merah
- 100ml air asam jawa pekat
- Masukkan sedikit gula dan garam
Lihat pula tips di bawah untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.
Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.
Tips 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.
Tips 3
Limau kasturi yang dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
Tips 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.
Kredit: Nurulain Insyirah