masak lemak cili padi

Bagi peminat Masak Lemak Cili Padi ini, tentunya nak mencuba masak menggunakan rebung dan perut lembu juga.

Menerusi perkongsian resipi dari CikPuan Julie Raja Iskandar ni, korang boleh cuba buat. Sangat mudah untuk memasaknya dan rasanya tentunya membuka selera.

Jika suka pedas, boleh lebihkan cilinya mengikut selera masing-masing. Nikmat tak terkata!

Resipi Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dan Rebung

Bahan-bahan:

  • Perut lembu
  • Rebung
  • Santan
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk atau dikisar
  • 1 inci asam gelugur
  • 1 batang serai – dititik
  • 20-25 biji cili padi – ditumbuk atau dikisar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya:

1. Perut lembu direbus hingga lembut dan empuk kemudian dipotong mengikut citarasa masing-masing.

  • Nota: Semasa merebus perut lembu, untuk hilangkan bau, masukkan halia.

Baca juga: Cara Cuci Perut Lembu, ‘Confirm’ Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni

2. Masukkan perut lembu yang sudah dipotong ke dalam periuk. Masukkan juga bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar.

3. Masukkan santan cair ke dalam periuk.

4. Kemudian masukkan serai yang sudah dititik dan asam gelugor. Rebuskan lagi hingga mendidih.

5. Masukkan hirisan rebung.

6. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Biarkan atas api yang perlahan, kacau kuah supaya tidak pecah minyak.

7. Perasakan dengan secukupnya dan tunggu beberapa minit dan sudah siap untuk dihidang!


Sumber: CikPuan Julie Raja Iskandar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN