gulai ayam style terengganu

Mesti ramai penggemar Gulai Ayam Style Terengganu kan? Resipi ini memang berbeza dengan gulai ayam yang biasa kita makan. Ia dimasak dengan menggunakan rempah gulainya yang tersendiri iaitu rempah cap bunga rose.

Baca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan

Dulunya, rempah ini hanya ada di Terengganu sahaja. Tetapi di sebabkan permintaannya yang tinggi, rempah ini juga boleh didapati di sesetengah tempat di luar dari Terengganu.

Hanya mereka yang sudah pernah mencubanya sahaja yang pastinya telah jatuh cinta dengan hidangan ini. Gulai ayam Terengganu ini juga cukup dengan rasa lemak, manis dan pedas. Tak puas nak makan sepinggan dibuatnya!

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Siti Noor Hidayah Samah ini. 


RESIPI GULAI AYAM STYLE TERENGGANU

bahan gulai ayam terennganu

Bahan-bahan: 

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 mangkuk santan sederhana pekat
  • Rempah cap bunga rose (ikut nisbah 2:1)
  • 2 sudu makan rempah gulai
  • 1 sudu makan rempah masak
  • 3 sudu makan cili boh
  • 2 biji kentang
  • Nise kerek @ gula melaka secukupnya
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar: 

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara memasak: 

1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan rempah dan kacau sebati.

4. Masukkan ayam dan kacau rata.

5. Masukkan air dalam 1 cawan (boleh masuk air bilasan blender).

6. Masukkan nise @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.

7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.

8. Buka penutup periuk dan masukkan santan. Kacau dan jangan tutup periuk sampai siap menggulai.

9. Bila sudah mendidih masukkan kentang, kerisik dan garam kemudian masak hingga kentang empuk.

10. Perlahankan api dapur dan renehkan gulai dalam 7-8 minit.

11. Bila kuah gulai sudah terbit minyak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

gulai ayam terengganu

Nota tambahan: 

Untuk dapatkan warna gulai yang cantik ialah guna api perlahan utk mereneh gulai semasa proses akhir. Selain itu, cili boh juga memainkan peranan yang penting. Guna cili boh yang merah menyala supaya hasil gulai nanti juga kelihatan merah.


Selamat mencuba resipi dan tip untuk masak Gulai Ayam Style Terengganu ini

Baca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN