Pistachio Crusted Salmon

Jom cuba masak Pistachio Crusted Salmon. Kadang nak makan simple-simple je, jadi masak pun mesti nak yang mudah juga. Lagi-lagi orang bujang yang bekerja. Jimat masa sangat guna resipi ini.

Hidangan ini penuh dengan khasiat, berperisa kacang pistachio yang diletakkan di atas filet salmon. Boleh disajikan dengan pasta atau nasi butter.

Baca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!

Resipi ini ringkas dan mudah untuk disediakan dan boleh dikatakan kesukaan kanak-kanak dan orang dewasa.

Ikan salmon memang banyak kelebihannya. Rasanya yang berlemak dan isi yang sedap, ikan salmon juga penuh dengan Omega-3 faty acid yang bagus untuk perkembangan otak.

Nak pula tinggal bakar dalam Air fryer je, 6 minit dah siap! Resipi ini telah dikongsi oleh Yuxuan Chen di laman Facebook. Memang sedap sangat kombinasi pistachio dengan salmon.


RESIPI PISTACHIO CRUSTED SALMON

Bahan-bahan:

  • Filet Salmon
  • Garam dan lada hitam
  • 1 ulas bawang putih – cincang
  • 1 sdk minyak zaitun
  • 1 sdk sos mustard
  • 1 sdk jus lemon
  • 1 sdk madu
  • Kacang pistachio – cincang kasar

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, keringkan salmon dan perasakan filet tersebut dengan garam dan lada hitam.

2. Kemudian, masukkan kacang pistachio yang sudah dicincang kasar ke atas filet salmon.

3. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan bawang putih, minyak zaitun, sos mustard, jus lemon, dan madu. Kemudian, kacaukan bahan-bahan tersebut.

4. Selepas itu, sapukan adunan dalam mangkuk tadi ke atas filet salmon dan tekan perlahan-lahan menggunakan belakang sudu.

5. Panaskan dahulu air fryer dengan suhu 180C selama 5 minit. Selepas panas, sudah boleh masukkan filet salmon tadi ke dalam air fryer.

6. Bakar dalam suhu 170C selama 6 minit. Dah siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN