karipap kulit paratha

Nak masak sarapan yang cepat dan mudah? Jom cuba buat karipap kulit paratha ni. Yang ada air fryer boleh cuba nanti, nak guna oven pun boleh.

Bukan saja mudah nak buat, rasa dia pun boleh tahan sedap. Buat sendiri karipap ni lagi puas hati sebab boleh letak inti banyak-banyak.

Ikut saja resipi oleh Sally Aqua di bawah. Selamat mencuba!

Karipap Kulit Paratha Guna Air Fryer

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit serbuk kari
  • Gula
  • Garam
  • Paratha

Cara-cara:

1. Cincang isi ayam, tumis bersama bawang besar yang dipotong dadu kecil. Letak sedikit serbuk kari, gula dan garam sikit. Kacau sebati sehingga ayam masak.

2. Belah dua kulit paratha, letakkan inti yang sudah siap dibuat tadi di tengah-tengah paratha.

3. Tekan guna garpu pada keliling kulit paratha.

4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C-200°C selama 8 hingga 10 minit.

karipap kulit paratha

5. Kemudian boleh balikkan kedua2 bahagian supaya garing, tambah sedikit masa.

karipap kulit paratha

6. Selamat mencuba!

karipap kulit paratha

Kredit: Sally Aqua

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN