kek aiskrim

Adakah hari jadi anak anda akan tiba tak lama lagi? Sekarang merupakan kesempatan terbaik untuk anda membuat kek yang sedap dan menarik iaitu Kek Aiskrim!

Walaupun ia merupakan pencuci mulut yang jarang didengar, tapi anda akan terkejut jika kali pertama merasainya.

Bayangkan kek yang lembut dan gebu digabungkan bersama aiskrim berkrim dan sejuk, ia menjadikan setiap suapan yang cukup memuaskan.

Jika anda teringin Kek Aiskrim yang mudah, anda boleh ikut resipi menarik yang dikongsikan oleh Nor Hidayah Mohamed Said di Facebook ini.

Baca juga: Jom Cuba Buat Aiskrim Durian Homemade, Guna 4 Bahan Je!

RESIPI KEK AISKRIM

kek aiskrim

Bahan-bahan:

  • 2 tin susu cair
  • Susu pekat (mengikut tahap kemanisan citarasa masing-masing, saya kurangkan sebab tak suka manis)
  • 1 1/2 sudu besar ovallete
  • Perasa vanilla
  • Serbuk koko

Cara-cara:

1. Putar semua bahan sehingga kembang dan gebu. Susu pekat boleh dimasukkan sedikit demi sedikit dan rasa tahap kemanisan mengikut citarasa masing-masing.

2. Kemudian, bahagi dua bahagian. Satu bahagian letakkan vanila dan satu bahagian letakkan serbuk koko.

3. Tuang dalam loyang selang seli dan sejukkan dalam peti sehingga keras. Sebelum tuang adunan, lapikkan plastik di sebelah dalam loyang. Saya gunakan loyang yang boleh keluarkan lapik dalam.

kek aiskrim

4. Setelah lapik plastik baru, tuangkan adunan aiskrim tersebut. Plastik perlu lebih dari loyang supaya aiskrim tidak lekat di loyang nanti. Apabila sudah keras, tolak saja lapik bawah loyang tersebut dan keluarkan aiskrim tadi.

5. Tuangkan coklat cair dan taburkan apa-apa yang anda gemari. Saya tabur badam cincang. Siap!

Bukan saja tak menggunakan banyak bahan, malah caranya juga cukup mudah. Anda boleh jadikan Kek Aiskrim ini sebagai kek hari jadi buat orang tersayang.

Pastikan anda mengikut resipi dengan langkah demi langkah ini untuk memastikan Kek Aiskrim anda menjadi. Hasilnya cukup sedap dan berkrim.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Hidayah Mohamed Said

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN